my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Farmasi

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Jabatan Farmasi merupakan salah satu jabatan di bawah Direktorat Perkhidmatan Diagnostik & Sokongan Hospital. Jabatan Farmasi telah mula dibina dan beroperasi semenjak pembinaan hospital asal pada tahun 1891. Semasa bangunan utama 8 tingkat dibina, Jabatan Farmasi mempunyai ruangan kerja di Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Satelit, Farmasi Pesakit Luar dan bangunan Farmasi Logistik. Selepas tahun 2005, Jabatan Farmasi meluaskan perkhidmatannya dengan membuka kaunter pesakit luar di Kompleks Rawatan Harian.

VISI

Ke arah perkhidmatan farmasi yang berkualiti untuk kesihatan dan kesejahteraan Negara

MISI

Memberi perkhidmatan farmasi bersepadu yang professional secara berterusan dari segi pembekalan ubat secara efisien dan selamat dan berkonsepkan penjagaan farmaseutikal

OBJEKTIF

i. Memberi perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan dengan mesra, cekap dan berkesan.
ii. Meningkatkan kefahaman pesakit terhadap ubat-ubatan untuk mencapai kesan rawatan yang optima.
iii. Meningkatkan lagi perkhidmatan farmasi klinikal bagi mencapai taraf ”pusat kecemerlangan”
iv. Mewujudkan tempat latihan yang bermutu dan menggalakkan pendidikan berterusan dan penyelidikan.

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan :

i. Memastikan ubat-ubatan dibekalkan kepada pelanggan dalam masa 30 minit
ii. Memastikan pembekalan ubat-ubatan yang betul ke wad atau unit bagi preskripsi atau pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 4 jam semasa waktu pejabat
iii. Membekalkan item standard kepada semua pemesan tidak melebihi 14 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima
iv. Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 14 hari bekerja selepas bekalan diterima di Farmasi Logistik

PERKHIDMATAN FARMASI

Skop perkhidmatan Jabatan Farmasi merangkumi perolehan dan bekalan ubat-ubatan dan juga amalan farmasi klinikal berdasarkan kepada konsep penjagaan farmaseutikal kepada pesakit secara individu, yang optima.

Jabatan ini terdiri daripada enam (6) seksyen dan memberikan perkhidmatan seperti berikut:

1. Farmasi Ambulatori

Terdiri daripada Farmasi Kompleks Pakar, Farmasi Pesakit Luar (KWKK) Farmasi Mini 1, Farmasi Mini 2, Farmasi 24 Jam, Farmasi Kompleks Rawatan Harian, Farmasi Nefrologi, Farmasi Metadon, Farmasi Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) dan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC).

Farmasi Kompleks Pakar

Farmasi Kompleks Pakar terletak di Bangunan Kompleks Klinik Pakar. Memberikan perkhidmatan kepada pesakit dari klinik-klinik pakar di Bangunan Kompleks Klinik Pakar dan preskripsi rujukan SPUB dari semua fasiliti KKM.

Farmasi Pesakit Luar (KWKK)

Farmasi Pesakit Luar (KWKK) terletak di aras 1 Bangunan Kompleks Wanita, Kanak-kanak & Kardiologi. Farmasi ini memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit dari Klinik Kardiologi, Pediatrik, O&G dan paliatif serta pesakit discaj wad di Bangunan KWKK.

Farmasi Mini 1

Farmasi Mini 1 terletak di bangunan utama hospital berdekatan dengan Jabatan Radiologi. Farmasi ini memberi perkhidmatan kepada pesakit dari Klinik Otorinolaringologi (ENT) dan Dermatologi.

Farmasi Mini 2

Farmasi Mini 2 terletak bersebelahan Klinik Ortopedik. Farmasi ini memberi perkhidmatan kepada pesakit dari Klinik Ortopedik dan Psikiatrik.

Farmasi 24 Jam

Farmasi 24 Jam  terletak di bangunan utama hospital berdekatan dengan Jabatan Kecemasan. Farmasi ini memberi perkhidmatan kepada pesakit dari Jabatan Kecemasan dan pesakit-pesakit yang discaj dari wad.

Farmasi Kompleks Rawatan Harian

Farmasi Kompleks Rawatan Harian terletak di Bangunan Kompleks Rawatan Harian. Farmasi ini memberi perkhidmatan kepada pesakit dari klinik-klinik dan wad di Kompleks Rawatan Harian.

Farmasi Nefrologi

Farmasi Nefrologi terletak di Klinik Nefrologi. Farmasi ini memberi perkhidmatan kepada pesakit dari Klinik Nefrologi.

Farmasi Metadon

Farmasi Metadon terletak di Klinik Metadon. Farmasi ini memberi perkhidmatan kepada pesakit yang telah didaftarkan dalam program  Rawatan Terapi Gantian Metadon.

Farmasi Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS)

Farmasi Perkhidmatan Nilai Tambah menawarkan perkhidmatan untuk memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat-ubatan tanpa perlu hadir ke kaunter farmasi. Jenis perkidmatan yang ditawarkan terdiri daripada Farmasi Pandu lalu, Ubat melalui Pos (UMP) dan Lokar Ubat.

Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)

Terdapat 13 perkhidmatan MTAC iaitu MTAC Antikoagulasi, Diabetes Mellitus, Respiratori, Retroviral Disease (Dewasa), Retroviral Disease (Pediatrik), Rheumatoid Arthritis, Psoriasis, Haemofilia, Renal (CKD), Neurologi, Heart Failure, Hepatitis C dan Rehabilitasi Kardiak. Perkhidmatan MTAC dan temujanji susulan dijalankan di bilik MTAC yang terletak di klinik yang terlibat. Perkhidmatan yang diberikan termasuk :

    • Kaunseling mengenai ubat-ubatan bagi meningkatkan kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan
    • Kaunseling mengenai alatan perubatan
    • Kaunseling mengenai penyakit yang berkaitan
    • Mendispens ubat atas kesesuaian dan keperluan

2. Farmasi Pesakit Dalam

Farmasi Pesakit Dalam merangkumi Farmasi Bekalan Wad dan Farmasi Satelit.

Farmasi Bekalan Wad

Unit ini berada di aras bawah Bangunan Utama hospital dan aras 10 Bangunan Kompleks Wanita, Kanak-kanak & Kardiologi. Farmasi Bekalan Wad membekalkan ubat secara Unit of Use (UoU) kepada pesakit wad kecemasan dan bekalan stok wad, After Office Hour (AOH) dan troli kecemasan kepada semua wad dan unit.

Farmasi Satelit

Farmasi Satelit terletak di tingkat 4 dan 7 bangunan utama hospital serta aras 8 Bangunan Kompleks Wanita, Kanak-kanak & Kardiologi. Farmasi Satelit membekalkan ubat secara Unit of Use (UoU) dan Unit Dose (UD) ke semua wad. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan bedside kaunseling dan discaj kaunseling.

3. Farmasi Perkhidmatan Farmakoterapi

Farmasi Wad 

Perkhidmatan farmasi wad dijalankan di Wad Perubatan, Wad Rawatan Rapi & lain-lain serta Wad Pediatrik yang merangkumi :

    • Mengikuti rondaan wad bersama pakar dan pegawai perubatan
    • Pengambilan sejarah pengubatan pesakit
    • Pemantauan profil dan carta pengubatan pesakit serta melakukan intervensi yang diperlukan
    • Menjalankan bedside dan discaj kaunseling kepada pesakit
    • Menjawab pertanyaan berkaitan ubat-ubatan yang diajukan semasa berada di wad
    • Memberi pendidikan kepada anggota perubatan berkaitan ubat-ubatan
    • Menjalankan bedside dispensing untuk pesakit discaj pada waktu pejabat
    • Penggunaan Patient’s Own Medicines (POMS) ketika di wad

Farmasi Farmakokinetik Klinikal (TDM)

Terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Utama bersebelahan dengan Unit Kerja Sosial.

    • Menyediakan perkhidmatan pemonitoran paras terapeutik ubat untuk 13 jenis ubat iaitu Amikacin, Gentamicin, Vancomycin, Carbamazepine, Phenytoin, Valproic Acid, Phenobarbitone, Theophylline, Digoxin, Cyclosporine, Methotrexate, Paracetamol dan Salicylate.
    • Ujian ke atas sampel darah dijalankan oleh Jabatan Patologi HRPB.
    • Pesakit yang mendapat perkhidmatan di hospital ini akan dipantau oleh Pegawai Farmasi.
    • Keadaan klinikal pesakit di wad akan dipantau sebelum rekomendasi pengubahsuaian dos dibuat bagi memastikan pesakit mendapat terapi yang optima.
    • Menyediakan perkhidmatan ujian sampel darah untuk menentukan kepekatan ubat dalam sampel darah dari lain-lain fasiliti KKM di dalam negeri Perak.

 

4. Farmasi Pengeluaran

Terdiri daripada Farmasi Galenikal & Prabungkus, Farmasi Nutrisi Parenteral & IV Admikstur dan Farmasi Onkologi.

Farmasi Galenikal & Prabungkus

Terletak di Farmasi Utama, Tingkat bawah, Bangunan Utama.

    • Menjalankan persediaan ubat eksternal dan internal secara pukal bagi produk-produk yang tidak dapat diperolehi secara komersial.
    • Menjalankan aktiviti prabungkus yang melibatkan sediaan ubat eksternal dan internal seperti ubat serbuk, sirap, mikstur, krim, salap, losyen, ubat biji dan sebagainya.

Farmasi Nutrisi Parenteral & IV Admikstur

Terletak di bangunan Kompleks Rawatan Harian.

    • Memberi perkhidmatan sediaan nutrisi parenteral untuk pesakit pediatrik dan dewasa.
    • Memberi perkhidmatan penjagaan farmaseutikal dalam hospital untuk semua pesakit pediatrik dan dewasa.
    • Memberi perkhidmatan Home PN kepada pesakit yang memerlukan sediaan nutrisi parenteral di luar hospital.
    • Memberi perkhidmatan outsource untuk membekalkan sediaan nutrisi parenteral untuk Hospital Slim River, Hospital Seri Manjung dan Hospital Taiping.
    • Memberi perkhidmatan IV Admikstur, sediaan steril seperti ubat titis mata dan sebagainya.

Farmasi Onkologi

Terletak di bangunan Kompleks Rawatan Harian.

    • Menjalankan rekonstitusi ubat sitotoksik untuk dibekalkan dalam bentuk sedia digunakan (ready-to-use).
    • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada setiap pesakit yang pertama kali mendapat rawatan kemoterapi dan kepada pesakit yang menukar regimen sekiranya memerlukan perkhidmatan kaunseling.
    • Memberi perkhidmatan outsource disediakan untuk Hospital Taiping dan Hospital Slim River.
    • Memberi pendidikan kepada anggota perubatan berkaitan pengendalian ubat sitotosik.

5. Sumber Maklumat Farmasi

Terletak di Farmasi Bekalan Wad di Bangunan Utama. Seksyen ini terdiri daripada Unit Formulari, Unit PhIS, Unit Perkhidmatan Maklumat Ubat & Latihan Anggota dan Unit Pengurusan & Kualiti.

Unit Formulari

Perkhidmatan yang disediakan termasuk:

    • Menyelaras permohonan ubat-ubatan yang memerlukan kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) dan permohonan Ubat-ubatan Formulari Setempat.
    • Menyelaras Kajian Saintifik di Jabatan Farmasi HRPB.

Unit PhIS

Perkhidmatan yang disediakan ialah:

    • Menyelaras dan menguruskan perlaksanaan sistem PhIS termasuk memberi latihan kepada semua peringkat pengguna sistem PhIS.
    • Menyelaras program-program Kenali Ubat Anda.

Unit Sumber Maklumat Ubat

Perkhidmatan yang disediakan ialah:

    • Memberi maklumat ubat-ubatan secara lisan dan bertulis kepada anggota kesihatan, pesakit dan orang awam berdasarkan pangkalan data ubat yang diiktiraf dan sumber maklumat yang sahih.
    • Menyelaras program-program latihan anggota Jabatan Farmasi dan pelajar siswazah.
    • Menyelaras pelaporan ADR (Adverse Drug Reaction) dan AEFI (Adverse Events Following Immunization)
    • Menyelaras aduan produk.
    • Menyelaras aduan dan penghargaan pelanggan.
    • Terlibat dalam penyuntingan buletin farmasi.
    • Menyelaras projek-projek Kajian Kualiti di Jabatan Farmasi HRPB

Unit Pengurusan & Kualiti

Perkhidmatan yang disediakan meliputi segala pengurusan kualiti dan juga menyelaras kerja-kerja pengurusan di Jabatan Farmasi. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah termasuk :

    • Menyelaras pelaporan pencapaian dan statistik Jabatan Farmasi
    • Pengurusan sumber manusia
    • Menyelaras pengumpulan Kajian Kepuasan Pelanggan dan Kajian Piagam Pelanggan
    • Menyelaras aktiviti dan pelaporan Keselamatan Pengubatan
    • Menyelaras audit berkala di Jabatan Farmasi.
    • Pengurusan aset dan pembangunan
    • Pengurusan pelupusan preskripsi
    • Pengurusan pelupusan aset
    • Pengurusan keselamatan kunci
    • Pengurusan keselamatan bangunan, pemantauan CCTV dan kad akses

6. Farmasi Logistik

Bangunan berasingan terletak di belakang Kompleks Rawatan Harian.

    • Seksyen ini mengendalikan proses perolehan dan pembekalan ubat dan bukan ubat untuk semua unit di hospital.
    • Menguruskan peruntukan kewangan dan perolehan mengikut Peraturan Panduan Perbendaharaan dan Tatacara Pengurusan Stor.

 

WAKTU PERKHIDMATAN

 1. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar

HARI

MASA

UNIT

NO. TELEFON

Isnin - Jumaat

7.30 am – 5.00 pm

Farmasi Kompleks Pakar

05-208 5302

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Kompleks Rawatan Harian

05-208 5285

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Nefrologi

05-208 5009

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Mini 1

05-208 5287

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Mini 2

05-208 5064

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Pesakit Luar (KWKK)

05-208 6038

24 jam

Farmasi 24 jam

05-208 5279

7.30 am – 2.00 pm

Farmasi Pandu Lalu

05-208 6037

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am

24 jam

Farmasi 24 Jam

05-208 5279

8.00 am – 1.00 pm

Farmasi Pandu Lalu

05-208 6037

Nota: Farmasi 24 Jam juga membekalkan ubat pesakit dalam selepas waktu pejabat secara kerja lebih masa

  • Waktu Rehat (Tutup)
    • Isnin – Khamis : 1.00pm – 2.00pm (Farmasi Kompleks Rawatan Harian)
    • Jumaat : 12.15pm – 2.45 pm (Farmasi Mini 1, Mini 2, Nefrologi dan Kompleks Rawatan Harian)

 2. Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam

HARI

MASA

UNIT

NO. TELEFON

Isnin – Jumaat

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Bekalan Wad (Bangunan Utama)

05-208 5284

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Bekalan Wad (KWKK)

05-208 6050

8.00 am – 5.00 pm

Satelit 4

05-208 5289

8.00 am – 5.00 pm

Satelit 7

05-208 5291

8.00 am – 5.00 pm

Satelit 8

05-208 6046

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am

8.00 am – 5.00 pm

Satelit 4

05-208 5289

 

Satelit 7

05-208 5291

  • Waktu Rehat (Tutup)
    • Setiap hari (kecuali Jumaat) : 1.00 – 2.00pm
    • Jumaat : 12.15pm – 2.45 pm

 3. Farmasi Metadon

HARI

MASA

UNIT

NO. TELEFON

Isnin- Khamis

7.00 am – 3.00 pm

Farmasi Metadon

05-208 5288

Jumaat

7.00 am - 1.30 pm

Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am

7.00 am - 11.00 pagi

 

 4. Lain-lain perkhidmatan

HARI

MASA

UNIT

NO. TELEFON

Isnin - Jumaat

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Nutrisi Parenteral & IV Admikstur

05-208 5396

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Onkologi

05-208 5277

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Galenikal

05-208 5282

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Sumber Maklumat Farmasi

05-208 7391

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Farmakokinetik Klinikal

05-208 5286

8.00 am – 5.00 pm

Farmasi Logistik

05-208 5310

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670442
Today: 573
Total: 670,442

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video