my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Perolehan

TEL : 05-2085000 samb : 5074

CARTA ORGANISASI 

PENGENALAN

Unit Perolehan adalah di bawah salah satu bidang pengurusan (sokongan bukan klinikal) hospital di mana fungsi utamanya memberi perkhidmatan sokongan dengan memastikan Pengurusan Perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja kecuali ubat, bahan habis guna klinikal dan re-agent Hospital Raja Permaisuri Bainun yang diuruskan dengan cekap, amanah dan teratur.

Unit Perolehan diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan) Gred M48 dan dibantu oleh seorang Penolong Akauntan Gred W36, Pembantu Tadbir Kanan N22 serta lima (5) orang Pembantu Tadbir N19/22(TBK).

OBJEKTIF

Memastikan semua Perolehan Kerajaan diurus berlandaskan dasar dan prinsip Perolehan Kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik, berkesan dan menguntungkan. Memastikan 100% bekalan dan perkhidmatan bagi HRPB Ipoh dibuat mengikut keutamaan dan keperluan berdasarkan peruntukan yang diterima iaitu dalam tempoh 2 minggu bagi pembelian terus dan 6 minggu bagi urusan sebutharga.

VISI

Peneraju Perolehan Kerajaan yang dinamik, adil dan saksama serta berintegriti ke arah mencapai tadbir urus terbaik.

MISI

Mengawal selia perbelanjaan wang awam secara profesional dan telus melalui kerjasama dengan stakeholders dalam menggubal dasar Perolehan Kerajaan yang strategik dan memberikan nilai faedah yang terbaik.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Menguruskan perolehan secara Pembelian Terus dan Sebut Harga sepenuhnya atas talian melalui sistem ePerolehan (eP) bagi semua jenis bekalan / perkhidmatan kecuali ubat, reagen, bahan guna habis klinikal dan bekalan dapur.
  2. Menguruskan Perancangan Perolehan Jabatan.
  3. Menguruskan proses perolehan bagi Penerimaan dan Pengesahan penerimaan Pesanan Kerajaan / Kontrak yang dikeluarkan oleh unit perolehan dalam tempoh 90 hari daripada tarikh terima bekalan.
  4. Menguruskan permohonan Perolehan Kemudahan Perbelanjaan Perubatan untuk Pegawai dan Pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Akan menyediakan bekalan dalam masa 2 minggu mengikut garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.
  2. Kami berjanji akan mengumpul dan melaksanakan permohonan peralatan alat tulis dan bekalan pejabat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mengikut keutamaan dan keperluan semasa berdasarkan jumlah peruntukan yang diterima.
  3. Kami berjanji akan menyediakan keperluan alat tulis, peralatan am dalam tempoh sehari daripada permohonan jika stok ada dalam simpanan stor alat tulis.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Perolehan
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670440
Today: 571
Total: 670,440

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video