Tel. Bilik Penyeliaan : 05-2087009 (24 jam)
Tel. Kaunter Pendaftaran : 05-2085598 (24 jam)
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan kecemasan dengan segera dan berkesan berdasarkan kepada keutamaan secara professional dengan tujuan bagi mengelakkan kecederaan sementara ataupun kekal yang boleh menyebabkan penderitaan.
VISI
Menyediakan perkhidmatan kecemasan dari semasa ke semasa untuk menangani keperluan pelanggan dengan meningkatkan tahap rawatan kecemasan yang berkualiti tinggi, berteknologi, sesuai dan berupaya berubah mengikut persekitaran.
MISI
Menyelamatkan nyawa pesakit dengan tindakan kecemasan awal yang agresif dan efisen serta melakukan “prosedur intervensi” untuk menstabilkan pesakit supaya rawatan yang tepat dapat dilaksanakan dengan segera.
FUNGSI UTAMA
- Menyediakan perkhidmatan yang terbaik melalui budaya kerja yang cemerlang.
- Mempertingkatkan kemajuan perkhidmatan ‘personel dan profesional’ di Jabatan Kecemasan &: Trauma melalui program latihan lanjutan dan pendidikan berterusan.
- Menyokong dan mengkaji projek-projek “ Rawatan Kecemasan” khasnya dari segi penjagaan pesakit.
- Memberi pendidikan kesihatan berterusan kepada pesakit, keluarganya dan orang awam.
POLISI
- Memberi perkhidmatan kecemasan setiap masa kepada pesakit yang tenat dan kritikal.
- Memberi perkhidmatan komprehensif yang meliputi ‘Pre-Hospital Resuscitation, Stabilization dan Definitive Care'.
- Menyediakan perkhidmatan ‘Pengurusan Bencana’, Perubatan Kecemasan dan Trauma, Penderaan dan Keganasan Rumah Tangga.
- Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berasaskan perikemanusiaan dan pritin kepada ekonomi dan budaya pesakit.
- Mengamalkan perkhidmatan mesra yang segera dan efektif.
JUMLAH KAKITANGAN JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA
| Bil | Jawatan | Gred | Jumlah Anggota |
| 1 | Pakar Perunding Kecemasan Dan Trauma | JUSA C | 1 |
| 2 | Pakar Perubatan Kecemasan | UD52/UD54/UD56/td> | 11 |
| 3 | Pegawai Perubatan | UD41/UD44/UD48/UD52/UD54 | 57 |
| 4 | Penolong Pegawai Perubatan | U41/U42/U44 | 3 |
| 5 | Penolong Pegawai Perubatan | U36 | 1 |
| 6 | Penolong Pegawai Perubatan | U32 | 13 |
| 7 | Ketua Jururawat | U32 | 2 |
| 8 | Penolong Pegawai Perubatan | U29/U32(TBK/KUP) | 78 |
| 9 | Jururawat Terlatih | U29/U32(TBK/KUP) | 63 |
| 10 | Pembantu Tadbir | N19/N22(KUP) | 10 |
| 11 | Pembantu Perawatan Kecemasan | U16 | 1 |
| 12 | Pembantu Perawatan Kecemasan | U14 | 2 |
| 13 | Pembantu Perawatan Kecemasan | U11/U14(KUP) | 32 |
| 14 | Pemandu | H11/H14(KUP) | 30 |
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji :-
- Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan secepat mungkin mengikut keadaan pesakit seperti berikut :-
Kes-kes kritikal dan tenat (Zon Merah) Segera Kes-kes separa kritikal (Zon Kuning) <15 minit Bukan kecemasan (Zon Hijau) <90 minit - Setiap pelanggan akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
- Kes-kes yang memerlukan pemerhatian sementara akan ditempatkan di wad kecemasan.
- Pelanggan yang mempunyai masalah di Jabatan Kecemasan & Trauma, sila hubungi pegawai-pegawai ini melalui operator ditalian 05-2087009 :-
- Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma
- Pakar Perubatan Kecemasan
- Pegawai Perubatan (Y/M) Jabatan Kecemasan & Trauma
- Penolong Pegawai Perubatan (Y/M) Jabatan Kecemasan & Trauma
WAKTU OPERASI
- 24 JAM
- PEJABAT :8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
- ISNIN HINGGA JUMAAT
LOKASI
Jabatan Kecemasan dan Trauma terletak di aras satu bangunan utama, berhadapan pintu masuk utama Hospital Raja Permaisuri Bainun.
KURSUS/BENGKEL/SEMINAR ANJURAN JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA
| 1 | BASIC LIFE SUPPORT COURSE (BLS) |
| 2 | BASIC AIRWAY COURSE |
| 3 | ADVANCE LIFE SUPPORT COURSE (ALS) |
| 4 | TRAUMA LIFE SUPPORT COURSE (TLS) |
| 5 | TRIAGE COURSE |
| 6 | HAEMODYANAMIC MONITARING COURSE |
| 7 | COMMON ORTHOPEDIC AND SURGICAL PROCEDURES IN EMERGENCY DEPARTMENT COURSE |
| 8 | BASIC WATER RESCUE |
| 9 | ONE STOP CRISIS CENTRE COURSE |
| 10 | BASIC WATER RESCUE COURSE |
| 11 | BASIC MECHANICAL VENTILATION COURSE (BMVC) |
| 12 | BASIC MECHANICAL VENTILATION FOR PARAMEDIC COURSE(BMVP) |
| 13 | NATIONAL EMERGENCY CRITICAL CARE SYMPOSIUM (NECCS) |
| 14 | e FAST SHORT COURSE |
| 15 | BASIC EMERGENCY CRITICAL CARE COURSE |
| 16 | PRE HOSPITAL CARE COURSE (PHC) |
| 17 | MEDICAL EMERGENCY COMMUNICATION COURSE (MECOM) |
| 18 | PERAK INCIDENT RESPONSE EXERCISE (PIREX) |


