my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kejururawatan

TEL : 05-2085000 samb : 5116 

CARTA ORGANISASI

Pengenalan

Unit Kejururawatan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh merupakan unit yang terbesar dengan sejumlah 1926 orang jururawat dari pelbagai jawatan dan gred. Ia merupakan tulang belakang kepada HRPB dalam memberi perkhidmatan perubatan dan perawatan kepada pelanggan di hospital ini.  Unit Kejururawatan diketuai oleh Ketua Penyelia Jururawat dengan 6 direktorat dari displin perubatan, pediatrik,ortho& multidisplin/Obstetrik & Ginekologi, dan Pembedahan.

Objektif Am

Memastikan perawatan holistik, berkualiti diberi kepada pesakit dengan menitikberatkan aspek fizikal, emosi, sosial dan keagamaan berpandukan nilai-nilai perkhidmatan dan penyayang.

Objektik Khusus

  1. Menentukan perawatan diberi berkesan dan bermutu.
  2. Menentukan prosedur dilakukan mengikut polisi wad/hospital dan piawaian yang ditetapkan
  3. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini bagi setiap jururawat untuk memberikan perkhidmatan berkualiti, selamat, efektif dan efisen kepada pelanggan.

Visi

Kejururawatan akan menjadi pasukan kesihatan professional yang dinamik dan responsif dimana setiap jururawat mampu membekal perkhidmatan kejururawatan yang efisien dan efektif secara professional dengan mencerminkan sikap penyayang disamping menggalakkan penjagaan kesihatan kendiri dan penglibatan komuniti kearah peningkatan kualiti hidup.

Misi

Misi Kejururawatan ialah memberi perawatan berkualiti dan berushasama dengan ahli-ahli professional kesihatan untuk mengujudkan kesinambungan perkhidmatan bagi mencapai tahap kesihatan optima:

  1. Bekerjasama dengan pelanggan dan komuniti bagi memperolehi status kesihatan yang berkualiti
  2. Mempromosi kesihatan, terlibat dalam rawatan pencegahan, kuratif dan rehabilitatif kepada individu, keluarga dan komuniti.
  3. Memberi perkhidmatan perawatan berdasarkan bukti-bukti saintifik dengan berlandaskan budaya penyayang. Komited untuk menyumbangkan pengetahuan serta mempertingkatkan amalan kejururawatan dengan melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan
  4. Mengekalkan profesionalisma dengan mempertingkatkan tahap kompentensi seiringan dengan perkembangan teknologi terkini.

Skop Perkhidmatan

  1. Memberi perawatan penjagaan yang berkesan dan berkualiti kepada pesakit dalam dan luar.
  2. Mengurus dan mentadbir keseluruhan Unit Kejururawatan supaya perkhidmatan penjagaaan kejururawatan kepada pesakit dan staf kejururawatan dapat berjalan lancar.
  3. Unit Kejururawatan akan mengesyorkan penempatan dan pengagihan anggota kejururawatan serta anggota sokongon yang berkaitan.
  4. Unit Kejururawatan akan memastikan semua jururawat mempunyai Sijil Pengamalan Tahunan yang sah

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Kejururawatan
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
31450 Ipoh, Perak

 

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670442
Today: 573
Total: 670,442

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video