my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Pembedahan

TEL : 05-2087341

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Jabatan Pembedahan Am merupakan sebuah Jabatan di bawah direktorat perkhidmatan pembedahan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh yang bertanggungjawab terhadap Klinik Pembedahan, wad - wad Pembedahan, wad rawatan harian dan juga Unit Endoskopi. Jabatan ini merupakan pusat rujukan tertiari negeri untuk semua hospital dan klinik kesihatan di negeri Perak terutamanya dalam kluster HRPB Ipoh.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan terapeutik yang tepat dan optima melalui kerjasama dengan perkhidmatan klinikal dan sokongan lain dari dalam dan luar hospital.
  2. Memberi layanan yang mesra, bertimbangrasa dan bersopan santun kepada pesakit bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
  3. Melatih kakitangan dari semua kategori jawatan bagi memantapkan tahap pengetahuan, kecekapan bekerja dalam memberikan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti.
  4. Memberi penerangan yang jelas mengenai setiap prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain untuk setiap pesakit.
  5. Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, bermanfaat dan bermakna kepada pesakit dan keluarga.

VISI

Visi Jabatan Pembedahan HRPB adalah menyediakan perkhidmatan pembedahan yang profesional, mengutamakan pelanggan dan efisien selaras dengan perkembangan keperluan terkini.

MISI

Misi Jabatan Pembedahan am HRPB adalah untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti bagi memastikan penyembuhan kesihatan para pelanggan melalui carakerja yang profesional, kerja berpasukan dan beretika.

PIAGAM PELANGGAN

Kami di Jabatan Pembedahan, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, bersedia dan berusaha membantu dan berkerjasama dengan anda dalam menyelesaikan apa-apa masalah berkenaan kesihatan anda, dan seterusnya bersetuju seperti berikut :

  1. Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan berkualiti yang sewajarnya.
  2. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  3. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
  4. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
  5. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan secepat mungkin iaitu:-
  • Pendaftaran – 20 minit
  • Pemeriksaan Doktor - 90 minit

SKOP PERKHIDMATAN

  1. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR ( KONSULTASI )
    Perkhidmatan Klink Pakar Pembedahan Pesakit Luar merangkumi Perkhidmatan Klinik Sub-Kepakaran :
    • Ketua Jabatan : Ms. (Dr) Elaine Ng Hui Been
    • Colorectal Surgery : Ms. (Dr) Elaine Ng Hui Been & Mr. (Dr) Ganendra A/L Paramasvaran
    • Breast and Endocrine Surgery : Dr.(Ms) Chan Ai Chen
    • Paediatric Surgery : Dr.(Ms) Nurdaliza Binti Mohd Badarudin, Dr.(Mr) John Emmanuel A/L Gilbert Fernandez, Dr. (Mr) Muhammad Firdaus Bin Madzlan & Dr.(Ms) Pavin Kaur Bal A/P Baldev Singh
    • Urology Surgery : Dr.(Mr) L. Sivaneswaran A/L Lechmiannandan
    • General Surgery : Mr (Dr) Yan Yang Wai, Mr.(Dr) Kumaresan A/L Supramaniam, Mr.(Dr) Loh How Peow, Mr.(Dr) Rama Moorthy A/L Veluyutham, Mr.(Dr) Adrian Gerard, Ms. (Dr) Ling Li Fan, Ms.(Dr) Anusha A/P Prabakaran, & Mr. (Dr) Mohd Firdaus Bin Zulkifli
    • Hospital Kluster Batu Gajah : Dr.(Mr) Narayanan A/L Karthiresan
    • Radioterapi dan Onkologi : Dr. Angel Kwan Khor Nee, Dr. Chan Ming Jun & Dr. Lavannia A/P Rajaratename
  2. PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN
    • Perkhidmatan rawatan pesakit dalam untuk Pembedahan Elektif – Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat (8.00 pagi – 8.00 malam) dan Sabtu (8.00 pagi– 1.00 petang).
    • Perkhidmatan pembedahan 24 jam setiap hari bagi semua kes kecemasan di dewan bedah am.
  3. WAD - WAD PEMBEDAHAN
    • Wad 1C (20 Katil) - Wad Pembedahan Am/Onkologi / Urologi Perempuan
    • Wad 2A (34 Katil) - Wad Pembedahan Am Lelaki
    • Wad 2B (23 Katil) - Wad Pembedahan Am / ENT / Dental Perempuan
    • Wad 2C (12 Katil) - Wad kelas 1 Pembedahan Multi Disiplin Perempuan
    • Wad 5C (12 Katil) - Wad kelas 1 Pembedahan Multi Disipin Lelaki
    • Wad 5D (18 Katil) - Wad Pembedahan Am /Onkologi / Urologi Lelaki
    • Wad 7C (6 Katil) - High Dependency Unit ( HDU) Pembedahan
    • PSW (29 Katil) - Pediatrik Surgical Ward ( Tingkat 8 KWKK )
  4. PERKHIDMATAN RAWATAN HARIAN
    • UNIT ENDOSKOPI
    1. Antara Prosedur yang dijalankan:
      Oesophagogastroduodenoscopy(OGDS), Colonoscopy, Endoscopic Retrograd Cholangio Pancreatography (ERCP), Endoscopic Ultrasound (EUS) dan Manometry.
    • WAD RAWATAN HARIAN / DEWAN BEDAH ACC
    1. Bius Am : Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat - 8.00pg – 3.00ptg
    2. Bius Setempat : Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat , 8.00pg – 3.00ptg
    3. Bius Setempat : Sabtu 8.00pg – 1.00ptg
  • RAWATAN HARIAN ONKOLOGI : Isnin - Jumaat - 8.00 pg - 4ptg
  1. PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN HOSPITAL KLUSTER BATU GAJAH
    • Perkhidmatan unit pembedahan di Hospital Batu Gajah telah bermula semenjak November 2022 dengan seorang pakar pembedahan am. Perkhidmatan pembedahan di Hospital Batu Gajah termasuklah:
    1. Pembedahan Elektif
      Pembedahan elektif dijalankan dengan bius am dijalankan pada hari Selasa dan Khamis.
    2. Pembedahan Kecemasan
      Pembedahan kecemasan berisiko rendah juga dijalankan pada waktu pejabat.
    3. Endoskopi
      Perkhidmatan endoskopi elektif dijalankan pada setiap hari Isnin.
    4. Klinik
      Klinik pembedahan adalah dijadualkan pada setiap hari Isnin.

KLINIK PEMBEDAHAN LAWATAN (VISITING CLINIC)

  1. Klinik Lawatan di Hospital Kluster mengikut jadual (Sungai Siput, HBUK dan Kampar).
  2. Klinik Lawatan & pembedahan elektif oleh Unit Pembedahan Pediatrik di Hospital Taiping, Hospital Teluk Intan & Hospital Sri Manjung mengikut jadual.
  3. Radiotherapy Visiting Session oleh unit Onkologi mengikut jadual (Hospital Kuala Lumpur).

AKTIVITI KUALITI & PEMBELAJARAN BERTERUSAN

  1. ‘Mortality dan Morbidity Review’ seperti yang diperlukan.
  2. HO Teaching 1 kali seminggu
  3. MO Teaching 1 kali seminggu.
  4. Pre-Operation Case Discussion setiap minggu.
  5. Sesi CNE untuk paramedik 1 kali sebulan.
  6. Teaching Round yang melibatkan semua peringkat warga kerja setiap minggu.
  7. Latihan sangkut dari Institusi Latihan/ Universiti & Fasiliti Kesihatan berdekatan.
  8. Research – Jabatan ini terlibat secara aktif bersama-sama dengan Pusat Penyelidikan Klinikal [CRC] dalam menjalankan pelbagai penyelidikan termasuklah penyelidikan disertasi Sarjana Surgeri.

ANTARA AKTIVITI SOKONGAN PESAKIT

  • Obesity Support Group
  • Breast Cancer Support Group
  • Prostate Cancer Support Group
  • Colorectal Support Unit (CRSU)

WAKTU OPERASI KLINIK PAKAR PEMBEDAHAN KANAK-KANAK

HARI
8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM – 5.00 PM
ISNIN
WARD ROUND & CME
KLINIK (KES BARU)
SELASA
ACC OT
RABU
PAEDS. SURGICAL CLINIC ( KES ULANGAN ) / KWKK OT
KHAMIS
KWKK OT
JUMAAT
CLINIC POST OP / ACC OT
PRE OP DISCUSSION
  • Operasi klinik pada hari Jumaat adalah pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan.
  • KWKK OT pada hari rabu setiap minggu pertama & kedua.
  • ACC OT pada hari jumaat setiap pertama & ketiga.

WAKTU OPERASI KLINIK PAKAR UROLOGI

HARI / MASA
KLINIK
DEWAN BEDAH
ISNIN / 0800-1700
KES ULANGAN
ELECTIVE OPERATION (GOT)
SELASA / 0800-1700
KES BARU / RUNDINGAN PAKAR / KES ULANGAN
RABU / 0800-1700
KES ULANGAN
KHAMIS / 0800-1700
KES ULANGAN
ELECTIVE OPERATION (ACC OT)
CYSTOSCOPY (ACC OT)
JUMAAT / 0800-1700
TRUS BIOPSY / TELECONSULT
  • Setiap hari Selasa Klinik Urologi masih beroperasi di SOPD.

WAKTU OPERASI ENDOSKOPI

HARI
8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM – 5.00 PM
ISNIN
OGDS DAN KOLONOSKOPI
OGDS
SELASA
ERCP
ERCP
RABU
OGDS DAN KOLONOSKOPI
KOLONOSKOPI/EUS/ MANOMETRY
KHAMIS
ERCP
ERCP
JUMAAT
KECEMASAN SAHAJA

WAKTU OPERASI KLINIK PAKAR ONKOLOGI

HARI
8.00 AM - 1.00 PM
2.00 PM – 4.30 PM
ISNIN
CLINIC “BREAST ONCOLOGY”
WALK IN CLINIC
SELASA
KLINIK RT (RADIOTHERAPI)
KLINIK ENT (MINGGU 1 & 3)
WALK IN CLINIC
RABU
KLINIK GENERAL
KLINIK UNTUK PESAKIT PLASTIK(MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN)
WALK IN CLINIC
KHAMIS
COLORECTAL ONCOLOGY CLINIC
WALK IN CLINIK
JUMAAT
APABILA DIPERLUKAN (AD HOC)
SUMMARY/FILING REKOD PESAKIT

 

WAKTU OPERASI KLINIK PAKAR BEDAH (SOPD)

HARI
8.00 AM - 9.00 AM
9.00 AM - 1.00 PM 1.00 AM - 2.00 PM
2.00 PM – 5.00 PM
ISNIN
 
PENCARIAN RPP
 
BREST CLINIC+MDT CLINIC WAKTU REHAT  
FNAC/ TRUCUT BIOPSY
UPPER GI CLINIC
SELASA
PENCARIAN RPP
UROLOGY + BPH CLINIC  
RABU
PENCARIAN RPP
UPPER GI / HEPATO-BILIARY/ THYROID (GENERAL)
REVIEW RESULT
KHAMIS
PENCARIAN RPP
COLORECTAL CLINIC  
AVF CLINIC AVF CLINIC
 
BARIATRIC CLINIC
JUMAAT
PENCARIAN RPP
AVF CLINIC AVF CLINIC
WALK IN MEDICATION
WALK IN MEDICATION

 # 8AM-9AM PEGAWAI PERUBATAN MEMBUAT RONDAAN DI WAD

LOKASI

  • Pejabat Pentadbiran Jabatan Pembedahan dan Klinik terletak di tingkat 1 Kompleks Klinik Pakar.
  • Klinik Pakar Pembedahan Kanak-Kanak terletak di tingkat 4 bangunan Kardiologi, wanita dan Kanak-kanak ( KWKK ).
  • Klinik Urologi beroperasi di Aras Bawah, Kompleks Rawatan Harian (ACC). Hari Selasa Klinik Urologi masih beroperasi di SOPD.
  • Klinik Onkologi beroperasi di Aras Bawah, Kompleks Klinik Pakar.
  • Wad-wad pembedahan terletak di bangunan utama yang terdiri dari wad 1C, wad 2A, Wad 2B, Wad 2C, Wad 5C, Wad 5D dan Wad 7C.
  • Wad pembedahan kanak-kanak terletak di tingkat 8, bangunan Kardiologi, wanita dan Kanak-kanak (KWKK).
  • Unit Endoskopi dan wad rawatan harian terletak di tingkat 2, bangunan Kompleks Rawatan Harian.

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670440
Today: 571
Total: 670,440

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video