my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Anestesiologi

TEL : 05-052085000

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal diterajui oleh Datin Dr Najah Binti Tan Sri Hj Harussani bersama 4 orang Pakar Perunding Anestesiologi, 2 Pakar Perunding Intensivist, 23 Pakar Anestesiologi dan 47 orang Pegawai Perubatan Anestesiologi yang bersedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan perioperative secara menyeluruh di:

  • 6 Dewan Bedah di Kompleks Rawatan Harian
  • 5 Dewan Bedah Am
  • 3 Dewan Bedah Ortopedik
  • 2 Dewan Bedah Mata
  • 6 Dewan Bedah di Kompleks Kardiologi, Wanita dan Kanak-Kanak

Perkhidmatan perawatan intensif untuk pesakit kritikal di Intensive Care Unit (ICU) juga disediakan di:

  • Wad ICU 3A – 10 katil dan 4 katil isolasi
  • Wad ICU 3B – 7 katil dan 2 katil isolasi
  • Wad ICU 6D – 4 katil dan 6 katil isolasi

Klinik Pesakit Luar yang berfungsi di bawah Jabatan ini adalah:

  • Klinik Anestesia – saringan pesakit sebelum pembedahan
  • Klinik Perawatan Kesakitan (Pain Clinic) – untuk perawatan kesakitan kronik

Jabatan ini turut memberi perkhidmatan dan rawatan kesakitan akut (Acute Pain Service) terutamanya pengurusan kesakitan kepada pesakit yang baru manjalani pembedahan.  Obstetric Analgesia Service (OAS) juga disediakan di Dewan Bersalin bagi wanita dalam proses bersalin aktif.  

            Skop perkhidmatan yang disediakan:

  • Memberi perkhidmatan pembiusan kepada setiap pesakit merangkumi semua disiplin yang memerlukan pembedahan samada pembedahan elektif atau kecemasan
  • Memberi perkhidmatan pembiusan untuk pesakit yang memerlukan pembiusan kecemasan dalam tempoh 24 jam
  • Menyediakan perkhidmatan klinik anestesia untuk menyaring pesakit sebelum pembedahan elektif
  • Memberi pekhidmatan kesakitan akut selepas pembedahan dan kesakitan kronik di Klinik Perawatan Kesakitan (Pain Clinic)
  • Menyediakan perkhidmatan pembiusan untuk kes harian dan pembiusan untuk prosedur CT scan, MRI, ERCP dan ICL.
  • Menawarkan perkhidmatan epidural untuk ibu mengandung yang menghadapi proses bersalin (Obstetric epidural)
  • Memberi perkhidmatan rawatan rapi untuk pesakit kritikal di Intensive Care Unit (ICU)
  • Memberi perkhidmatan rawatan rapi di unit High Dependency Unit (HDU) dan Critical Care Unit (CCU)
  • Memberi rawatan untuk pesakit yang memerlukan bantuan mesin pernafasan di wad untuk kes yang mempunyai prognosis teruk (poor prognosis)
  • Menyelaras program - program latihan serta melaksanakan program Continuous Medical Education (CME) untuk Pegawai Perubatan dan Paramedik bagi tujuan penambahbaikan dan kemaskini rawatan pesakit yang terkini. Di antara program yang dianjurkan oleh Jabatan adalah Advance Life Support (ALS), Acute Pain Service (APS) dan tutorial secara berkala.

Direktori Jabatan

Ketua Jabatan: Datin Dr Najah Binti Tan Sri Hj Harussani

Timbalan Ketua Jabatan: Dr Azlina Bt Mohamad

Pakar Perunding Anestesiologi & Perawatan Kesakitan: Dr Devanandhini Krisnan

Pakar Perunding Anestesiologi: Dr Anizah Bt Bin Yamin

Pakar Perunding Anestesiologi & Obstetrik Anaesthesiologi: Dr Chan See Yun

Pakar Perunding Rawatan Kritikal (Intensivist): Dr Siti Rohayah Binti Sulaiman

Pakar Perunding Rawatan Kritikal (Intensivist): Dr Foong Kit Weng

Pakar Anestesiologi & Neuroanaesthesiologi: Dr Nahemah Binti Hasanaly

Pakar Anestesiologi & Pediatrik Anestesiologi: Dr Rohanizah Binti Alias

Pakar-Pakar Anestesiologi:

  • Dr Wan Salwanis Binti Wan Ismail
  • Dr Haslinda Binti Sulong
  • Dr Khairul Izmar Bin Aminodin
  • Dr Kong Lee Ding
  • Dr Cheah Pike Kuan
  • Dr Siti Intan Zurhaida Binti Mohd Zainol ’Abidin
  • Dr Rawiyah Binti Ramli
  • Dr Murni Sari Bt Ahmat Arbi
  • Dr Nor Khali Salhah Bt Ahmad Zaini
  • Dr Valartmathi A/P Chandrasegar
  • Dr Jayanthi A/P Kunasekaran
  • Dr Ng Ling Wei
  • Dr Lee Soh Nam
  • Dr Isma Syarina Binti Ismail
  • Dr Kuan Tong Yin
  • Dr Muhammad Mujaheed Bin Md Nujid
  • Dr Nurzohara Aisha Noorazyze
  • Dr Sarah Mong Xiao Yi
  • Dr Kan Wye Hon
  • Dr Chia Lip Han (Ketua Jabatan Anestesiologi Hospital Batu Gajah)
  • Dr Thanalachumy A/P Ragunathan

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670440
Today: 571
Total: 670,440

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video