TEL : 05-2085000 samb : 5201/5208
PENGENALAN
Jabatan Patologi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh merupakan jabatan sokongan klinikal yang terdiri daripada lima unit iaitu Patologi Kimia dan Makmal Integrasi, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan, Histopatologi dan Saitologi.
VISI
Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang terlatih dan berilmu, bekerja dalam berpasukan, mengamalkan etika kerja yang baik dan dalam masa yang sama peka terhadap keperluan pelanggan. Selain dari itu ia juga bertindak sebagai pusat rujukan bagi makmal-makmal di Negeri Perak.
MISI
Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat, dan inovatif berasaskan kepada sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan dan ke arah professionalism yang baik dan dengan itu dapat memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.
FUNGSI
- Menyediakan perkhidmatan pengujian diagnostik dalam bidang berikut: Patologi Kimia & Ujian Penyalahgunaan Dadah, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan, Histopatologi dan Saitologi.
- Aktiviti pengujian tersebut dilakukan untuk pesakit di Hospital Raja Permaisuri Bainun, hospital daerah, klinik–klinik dan makmal di bawah KKM dan swasta.
- Menyediakan perkhidmatan perundingan dalam pelbagai bidang patologi.
- Menyediakan latihan teknikal dan kemahiran analitikal kepada anggota makmal dan lain-lain agensi kerajaan.
PIAGAM PELANGGAN
Menyediakan perkhidmatan diagnostik dengan keputusan makmal yang boleh dipercayai, cepat, tepat dan mesra pelanggan.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan makmal patologi dilaksanakan secara profesional, berinovasi, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan yang merangkumi disiplin-disiplin berikut:
- Unit Patologi Kimia (Ujian Kimia Rutin, Hormon,Tumor marker, Body fluid analysis, Drug of Abuse analysis dan Therapeutic Drug Monitoring)
- Unit Mikrobiologi perubatan (Bakteriologi, Serologi, Immunologi, Molekular, TB)
- Unit Hematologi
- Unit Histopatologi
- Unit Saitologi (Penyaringan pap smear, FNAC)
Sila klik DISINI untuk maklumat lanjut mengenai ujian dan LTAT yang disediakan.
AKREDITASI
Jabatan Patologi telah mendapat Sijil Akreditasi MS ISO 15189 dari Jabatan Standard Malaysia (DSM) sejak 16 Februari 2015 sehingga kini.
WAKTU PERKHIDMATAN
- Jabatan Patologi menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk ujan STAT dan ujian tertentu, manakala perkhidmatan rutin lain hanya pada waktu pejabat sahaja.
- Seorang Pakar Patologi bersedia untuk bantuan atau perundingan selepas waktu pejabat.
| Bil | Unit | Waktu Operasi |
| 1. | Makmal Integrasi (Patologi Kimia & Hematologi) | Isnin - Ahad/ PH (24 jam) |
| 2. | Makmal Histopatologi, Sitologi, Hematologi (Khas) & Makmal Dadah | Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 5.00 petang) |
| 3. | Makmal Mikrobiologi (Makmal Utama) | Isnin - Ahad/ PH (8.00 pagi - 5.00 petang) |
| 4. | Makmal Mikrobiologi (Makmal Integrasi) | Isnin - Ahad/ PH (5.00 petang - 8.00 pagi) |
| 5. | Makmal Mikrobiologi (Makmal Molekular) | Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 10.00 malam) Sabtu - Ahad/ PH 8.00 pagi - 9.00 malam |
| 6. | Therapuitic Drug Monitoring (TDM) | Isnin - Ahad 8.00 pagi - 5.00 petang Isnin - Ahad 24 jam (ujian STAT) |
Nota: PH, Cuti Umum
LOKASI
| Bil | Nama Makmal | Lokasi | Perkhidmatan yang disediakan |
| 1. | Makmal Utama dan Pentadbiran | Bangunan Utama 8 Tingkat (Blok D) | Patologi Kimia, Anatomikal Patologi, Hematologi, Molekular |
| 2. | Makmal Mikrobiologi | Tingkat Satu, Blok E | Mikrobiologi Perubatan |


