TEL : 05-2085000 samb : 5323, 5330
PENGENALAN
Unit Rekod Perubatan merupakan salah satu Perkhidmatan Sokongan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang bertanggungjawab untuk menguruskan semua Rekod Perubatan seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
OBJEKTIF
- Mewujudkan system pengurusan Rekod Perubatan yang teratur dan berkesan dalam pengumpulan data/ maklumat berorientasikan pengurusan yang tepat kepada Pengarah Hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Mewujudkan satu norma dan piawaian sebagai asas pengesahan kemajuan dan keberkesanan system perkhidmatan perjawatan perubatan.
- Memastikan setiap permohonan untuk Laporan Perubatan dapat dilayan sebaik mungkin dan memastikan ianya dapat disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan.
- Menyediakan maklumat perangkaan statistik yang terkini, cepat dan tepat.
- Memastikan Rekod Perubatan disimpan dengan selamat dan kerahsiaan maklumat pesakit adalah terjamin.
VISI
Mengembeling tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik
MISI
Menerajui dan berusaha bersama-sama:-
- Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:-
- Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan.
- Menghargai kesihatan sebagai aset paling beharga
- Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka.
- Untuk memastikan system kesihatan berkualiti tinggi iaitu:-
- Mengutamakan pelanggan
- Saksama
- Tidak membebankan
- Cekap
- Wajar mengikut teknologi
- Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- Inovatif
- Dengan menekankan
- Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- Sifat menghormati maruah insan
- Penglibatan masyarakat
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pesakit diberi jaminan bahawa rekod perubatan disimpan dengan selamat dan dirahsiakan.
- Setiap pesakit boleh mendapatkan laporan perubatan yang dipohon dengan lengkap dalam masa empat minggu selepas membuat bayaran yang diberikan.
- Penerimaan surat permohonan laporan perubatan akan dimaklumkan dalam masa 14 hari. Setiap permohonan Laporan Perubatna melalui Kaunter akan diberi nombor fail dengan serta merta.
- Menyedia dan mengumpul perangkaan statistik yang terkini, cepat dan tepat.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang diberikan oleh Unit Rekod Perubatan merangkumi:
- Menguruskan permohonan Laporan Perubatan.
- Menguruskan Rekod-Rekod Perubatan.
- Mengumpul dan menganalisa data-data untuk kegunaan statistic.
- Menguruskan permohonan Lembaga Perubatan.
- Menguruskan Panel Lembaga PERKESO.
- Menguruskan Panel Lembaga PERKESO Rayuan.
- Menguruskan Panel Lembaga KWSP.
- Memasukkan maklumat notifikasi penyakit-penyakit berjangkit secara on-line (e-notis)
- Menguruskan permohonan pengesahan lewat daftar kelahiran di hospital.
- Menguruskan permohonan pengesahan Sijil Cuti Sakit palsu.
- Menguruskan permohonan pengesahan Sijil Sakit Swasta.
WAKTU OPERASI
| HARI | MASA |
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang |
| * Selepas waktu pejabat, Sabtu, Ahad dan hari-hari Cuti Umum dan Cuti Am terdapat anggota yang bertugas atas panggilan (on-call) bagi kes Rekod Perubatan yang diperlukan segera. | |
LOKASI PEJABAT
Unit Rekod Perubatan
Aras 3, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
31450 Ipoh, Perak
LOKASI STOR PENYIMPANAN REKOD PERUBATAN
| Rekod Perubatan Aktif (Primary Store) |
Tahun
|
| Satelit 1 (Aras 3 dan 4 Kompleks Rawatan Harian ) Aras 3 dan 4: Rekod Pesakit Dalam (Disiplin Perubatan, Pembedahan, Neurosurgeri, Peadiatrik, Ent, Dental, Plastik, Kulit) Aras 3 : Fliem X-Ray dan Kad Kecemasan Aras 3 : Medico – Legal (Kecemasan) |
(2014 – 2016) (2013 – 2014) (2007 – 2014) |
| Rekod Perubatan Aktif (Primary Stor) |
Tahun
|
| Aras 3: Buku Daftar Kelahiran Aras 4: Buku Daftar Kecemasan Aras 4: Rekod Kes Mati Aras 4: Buku Daftar Pesakit Luar & Dalam |
(1966 – 2004)
(2004 - 2009) (2011 – 2013) (2004 – 2010) |
| Satelit 2 (Bangunan Utama) sebelah Bilik Konferen Rekod Orthopedik Rekod Oftalmologi |
(2010 – 2013) (2007 – 2013) |
| Satelit 3 (Housemen Quarters) Rekod Obstetrik Rekod Gynae |
(2009 – 2013) (1996 – 2013) |
| Rekod Perubatan Tidak aktif (Secondary Store) |
Tahun
|
| Satelit 4 (Bangunan Lama Sekolah Latihan Perbidanan) Rekod Pembedahan & Neurosurgeri Rekod Orthopedik Filem X-Ray Fiem X- Ray (Kecemasan) Kad Kecemasan (KBK) |
(2006 – 2009) (2003 – 2009) (2006 – 2009) (2006 - 2012) (2005 – 2007) |
| Satelit 5 (Gudang Rekod) Rekod Perubatan Rekod Kes Mati Kad Kecemasan (KBK) |
(2006 – 2009) (2006, 2007, 2009, 2010) (2008 – 2010) |
| Satelit 6 (Kabin) Rekod Obstetrik |
(2006 – 2009) |
| Satelit 7 (Kontena) belakang Bangunan Lama Sek. Lat. Perbidanan |
(2008)
|
| Satelit 8 (Stor HBUK)) Peadiatrik Rekod Mata O&G |
(2007) (2009) (2009) |


