my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Sumber Manusia

 

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Unit Sumber Manusia adalah salah satu unit di bawah Direktorat Pengurusan (Sokongan Bukan Klinikal) hospital di mana fungsi umumnya adalah menguruskan urusan perkhidmatan personel di HRPB dari mula dilantik sehingga ke akhir perkhidmatan.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Unit Sumber Manusia (USM) bertanggungjawab mengendalikan semua urusan sumber manusia anggota di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Terdapat empat (4) unit utama di bawah Unit Sumber Manusia (USM) iaitu:

i) Unit Perkhidmatan – bertanggungjawab dalam urusan perkhidmatan pegawai HRPB dan dipecahkan kepada tiga (3) sub unit berdasarkan jawatan iaitu:

Sub unit 1: Pakar / Pegawai Perubatan

Sub unit 2: Pelbagai Jawatan

Sub unit 3: Jururawat / Jururawat Masyarakat

ii) Unit HRMIS / Perjawatan – bertanggungjawab berhubung pengurusan data perjawatan dan skim perkhidmatan HRPB dan bantuan teknikal penggunaan Sistem HRMIS.

iii) Unit Latihan – bertanggungjawab dalam menguruskan permohonan dan kelulusan latihan dalam perkhidmatan, latihan sangkut bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) serta menguruskan latihan dan kursus untuk seluruh warga kerja HRPB.

iv) Unit Integriti & PPSM (Tatatertib & Panel Pembangunan Sumber Manusia) – bertanggungjawab sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu integriti di HRPB berdasarkan enam (6) fungsi teras pewujudannya dan menguruskan penilaian prestasi bagi kemajuan kerjaya warga kerja HRPB.

 

Sub Unit Perkhidmatan

1. Mengurus Pengesahan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Pelanjutan Tempoh Percubaan dan Pemberian Taraf Berpencen pegawai lantikan tetap;

2. Mengurus pegawai lantikan kontrak;

3. Mengurus permohonan semua jenis cuti dan elaun kecuali cuti rehat;

4. Mengurus permohonan pelarasan / pergerakan gaji pegawai HRPB;

5. Mengurus dokumen bakal pesara wajib / pilihan dan terbitan pegawai HRPB;

6. Mengurus permohonan permangkuan / kenaikan pangkat atau peletakan jawatan;

7. Mengurus pengambilan Personal MySTEP;

8. Mengurus permohonan pengambilan/ penyambungan Pakar Swasta (Sessional);

9. Mengurus permohonan lokum dan Waktu Kerja Fleksi Pakar Perubatan;

10. Menyelaras serta mengkoordinasi sistem Latihan Pegawai Perubatan Siswazah;

11. Mengurus pewartaan kepakaran pegawai perubatan;

12. Mengurus permohonan Elaun Pakaian Panas/ Tambang Percuma Ke Luar Negara Jusa A/ Pakaian Istiadat/ Black Tie/ Upacara Rasmi/ Skim Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan;

13. Mengurus permohonan Pengeluaran KWSP;

14. Mengurus permohonan pertukaran; dan

15. Mengurus permohonan tanggungkerja;

 

Sub Unit HRMIS / Perjawatan

  1. Mengemaskini rekod sandangan, rekod peribadi dan rekod perkhidmatan anggota dalam sistem HRMIS.
  2. Menjana cuti untuk semua anggota serta memastikan rekod cuti rehat sentiasa dikemaskini dalam Sistem HRMIS.
  3. Memastikan perlaksanaan MyPerformance HRMIS bagi semua anggota.
  4. Memastikan semua anggota melaksanakan Pengisytiharan Harta mengikut tatacara atau pekeliling yang masih berkuatkuasa.
  5. Melaksanakan proses kelulusan bagi Permohonan Lawatan Ke Luar Negara bagi anggota atas Urusan Persendirian atau Rasmi mengikut tempoh yang ditetapkan dan mengikut tatacara atau pekeliling yang masih berkuatkuasa
  6. Memastikan waran perjawatan, agihan semula dan pindah butiran yang diterima dari KKM dan JKN dikemaskini bagi memastikan data berintegriti dan tepat.
  7. Menyemak dan menyelaras permohonan perjawatan atau permohonan pindah butiran dari Jabatan Dan Unit dilaksanakan mengikut tatacara atau pekeliling yang masih berkuatkuasa.
  8. Memastikan data perjawatan berintegriti dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sub Unit Latihan

1. Menguruskan permohonan dan kelulusan latihan dalam perkhidmatan warga HRPB.

2. Menguruskan permohonan dan kelulusan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta yang mempunyai Memorandum Perjanjian (MoA) diantara Institusi dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menggunakan fasiliti HRPB.

3. Menguruskan latihan dan kursus untuk seluruh warga kerja HRPB.

4. Menguruskan Continuing Professional Development (CPD) untuk para profesion kesihatan warga kerja HRPB.

 

Sub Unit Integriti & PPSM (Tatatertib & Panel Pembangunan Sumber Manusia)

1. Mengurus tindakan tatatertib;

2. Mengurus permohonan pekerjaan luar / pemberian hadiah, tajaan atau saguhati;

3. Mengurus pelaksanaan Sasaran Kerja Utama dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan;

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670442
Today: 573
Total: 670,442

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video