JABATAN PEDIATRIK
Telefon : 05-2085000 sambungan : 6079 / 6080
PENGENALAN
Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh bertempat di Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi dan menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit luar dan dalam bagi semua bayi dan kanak-kanak. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan tertiari bagi kes – kes kompleks dari hospital dan klinik di seluruh negeri Perak. Jabatan Pediatrik HRPB menawarkan pelbagai bidang subkepakaran pediatrik yang merangkumi bidang Respiratori, Neurologi, Penyakit Berjangkit, Hemato-Onkologi, Gastroenterologi, Dermatologi, Neonatologi, Perubatan Intensive, Perkembangan Kanak-kanak, Perubatan Remaja dan mempunyai lawatan subkepakaran Kardiologi, Rheumatologi, Urologi, Nephrologi dan Endokrinologi.
VISI
Setiap kanak-kanak harus diberi jaminan tahap kesihatan dan kesejahteraan yang cemerlang.
MISI DAN OBJEKTIF
- Menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan selamat untuk semua kanak-kanak secara holistic untuk kesihatan yang optimum.
- Bekerja sebagai satu pasukan professional untuk menyampaikan perkhidmatan dengan optimum.
- Menekankan hak kanak-kanak semasa membuat keputusan.
- Mempromosikan dan memperjuangkan kesejahteraan kanak-kanak kea rah masyarakat yang sihat.
- Menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan menyokong perkembangan dan pembelajaran dikalangan kakitangan jabatan.
- Menggalakkan aktiviti penyelidikan untuk meningkatkan kualiti penjagaan kanak-kanak.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap kanak-kanak akan diberi rawatan perubatan kerkualiti yang sewajarnya tanpa mengira agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.
- Setiap kanak-kanak serta ibu bapa akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap kanak-kanak serta ibu bapa diberi jaminan bahawa kehormatan mereka akan terpelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap kanak-kanak dan ibu bapa akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.
- Setiap kanak-kanak dan ibu bapa akan diberi perkhidmatan secepat mungkin.
SKOP PERKHIDMATAN
Jabatan Pediatrik mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi supaya keperluan dan kepuasan pelanggan tercapai. Ini dipastikan melalui semangat kerja berpasukan, berprofessionalisme, prihatin dan inovasi yang diamalkan oleh kakitangan di jabatan ini. Antara perkhidmatan sub-kepakaran yang ditawarkan:
- Pediatrik Am
- Neurologi
- Respiratori
- Penyakit Berjangkit
- Gastroentrologi
- Hemato-onkolologi
- Dermatologi
- Neonatologi
- Rawatan Intensif
- Perubatan Remaja
- Perkembangan Kanak-kanak
- Kardiologi (Lawatan berkala)
- Endokrinologi (Lawatan berkala)
- Rheumatologi (Lawatan berkala)
- Urologi dan Nephrologi (Lawatam berkala)
WAKTU OPERASI
| BIL | UNIT | WAKTU OPERASI |
| 1. | Pediatrik Am | Isnin - Jumaat: 8.30am – 1.00pm Isnin – Khamis : 2.00pm – 5.00pm |
| 2. | Neurologi | Isnin & Selasa : 8.30am – 1.00pm |
| 3. | Respiratori | Selasa & Khamis: 8.30am – 1.00pm |
| 4. | Penyakit berjangkit | Rabu : 8.30am – 1.00pm Isnin (selang seminggu) : 8.30am – 1.00pm |
| 5. | Gastroenterologi | Selasa & Rabu: 8.30am – 1.00pm |
| 6. | Hemato-Onkologi | Isnin – Jumaat : 8.30am – 1.00pm, 2.00pm – 5.00pm |
| 7. | Dermatologi | Selasa & Jumaat : 8.30am – 1.00pm Khamis : 8.30am – 1.00pm, 2.00pm – 5.00pm |
| 8. | Perkembangan Kanak-kanak | Rabu : 8.30am – 1.00pm |
| 9. | Neonatalogi | Khamis : 8.30am – 1.00pm |
| 10. | Perubatan Remaja | Selasa & Khamis: 8.30am – 1.00pm |
| 11. | Endokrinologi | Rabu : 8.30am – 1.00pm |
| 12. | Kardiologi | Isnin pertama setiap bulan |
| 13. | Rheumatologi | Khamis keempat (setiap 3 bulan) |
| 14. | Urologi & Nephrologi | Khamis & Jumaat setiap 2 bulan |
LOKASI
Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi
Klinik Kanak-Kanak Am & sub-kepakaran – Tingkat 4
Pejabat Pentadbiran Jabatan Pediatrik – Tingkat 4
Wad NICU – Tingkat 6
Wad SCN / NHDU – Tingkat 7
Wad PICU / PHDU – Tingkat 7
Wad Kanak-Kanak, Subkepakaran and Remaja - Tingkat 8
Wad Rawatan Harian Hemato-Onkologi – Tingkat 8


