my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Pergigian Pediatrik

JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK

Telefon : 05-2087472 (Kaunter)

              : 05-2087482 (Bilik Rawatan)

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh ditubuhkan pada tahun 1994. Jabatan ini berfungsi di bawah Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang dikenali sebagai ‘Tertiary care centre’ untuk negeri Perak. Jabatan Pegigian Pediatrik secara amnya menyediakan perkhidmatan komprehensif kepakaran pergigian yang merangkumi perkhidmatan diagnostik, therapeutik, pemulihan, promotif serta pencegahan untuk kes-kes pergigian. Pesakit yang dirawat adalah dalam lingkungan umur 0 hingga 16 tahun termasuk golongan berkeperluan khas pada masa rujukan. Jabatan ini juga merupakan pusat rujukan untuk seluruh negeri Perak bagi kes-kes rawatan bedah mulut dan kes-kes kecemasan yang melibatkan pesakit pediatrik. Ia juga menyediakan tempat untuk pelatih termasuk Pegawai Pergigian Tahun Pertama, Pegawai Pergigian yang berminat untuk melanjutkan pengajian lepasan ijazah dan Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian.

OBJEKTIF JABATAN

  1. Memberikan perkhidmatan kepakaran pergigian berunsurkan kaedah pencegahan, konservatif, kuratif serta pemulihan kepada kanak-kanak berumur 16 tahun ke bawah dengan penumpuan kepada kanak-kanak keperluan khas dan kanak-kanak bermasalah perubatan.
  2. Menentukan setiap anggota jabatan mendapat latihan dan pendidikan berterusan melalui Pendidikan Pergigian Berterusan, Perkembangan Professional Berterusan, Kursus Basik serta Kursus Pos Basik.
  3. Terlibat secara aktif dalam penyelidikan kesihatan pergigian  serta aktiviti kualiti yang lain supaya dapat terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.

VISI JABATAN

Jabatan Pergigian Pediatrik berusaha untuk menjadi satu Pusat Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Pediatrik yang cemerlang dengan memberi perkhidmatan yang menyeluruh, efektif dan efisien melalui satu sistem kesihatan yang berpatutan dan memberi kepentingan kepada pesakit.

MISI JABATAN

Meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak melalui promosi kesihatan pergigian dan menyediakan penjagaan kesihatan pergigian yang:

  • Responsif dan sensitif kepada keperluan pesakit
  • Sesuai dengan perkembangan teknologi terkini
  • Diberikan oleh anggota-anggota yang terlatih, berprofessional, mempunyai semangat berpasukan dan bersikap penyayang di dalam persekitaran yang kondusif, selesa dan ceria

PIAGAM PELANGGAN

  1. Klinik Pakar Pergigian Pediatrik hanya menerima kes-kes rujukan sahaja.
  2. Setiap pelanggan yang dirujuk akan diberi temujanji terlebih dahulu untuk pemeriksaan dan rundingan diikuti dengan temujanji susulan untuk rawatan.
  3. Temujanji diberi akan berasaskan keutamaan dan kesesuaian masa.
  4. Keutamaan akan diberi kepada kes-kes yang memerlukan rawatan kecemasan.
  5. Semua pelanggan yang hadir mengikut masa temujanji akan diperiksa atau dirawat dalam masa 90 minit selepas didaftarkan.
  6. Penjelasan yang sewajarnya akan diberikan berhubung masalah yang dialami, pilihan rawatan, prosedur rawatan serta kos jika berkaitan.
  7. Segala maklumat berkaitan pelanggan akan dirahsiakan dan hanya pihak tertentu sahaja yang mempunyai capaian kepada maklumat tersebut.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Pediatrik:

  1. Berfungsi sebagai pusat rawatan utama negeri Perak untuk kes-kes rujukan bagi jabatan pergigian pediatrik.
  2. Perkhidmatan kepakaran menyediakan rawatan bagi:
  • kes 'early childhood caries'
  • kes trauma (kegigian dan tulang rahang)
  • lesi mulut seperti tumor/ sista
  • infeksi dan kebengkakan muka.
  • kes yang dirujuk dari klinik pergigian kerajaan / swasta, klinik kesihatan kerajaan / swasta, wad- wad dan jabatan- jabatan lain di hospital dan jabatan kecemasan untuk pesakit dalam dan pesakit luar (berumur 16 tahun dan ke bawah)
  1. Perkhidmatan Siap Sedia Panggilan Pasif ‘On-Call’ bagi kes-kes kecemasan pergigian pediatrik.
  2. Menjadi pusat latihan amali bagi pelbagai personel pergigian dalam latihan serta menjalan aktiviti pendidikan pergigian berterusan untuk semua anggota dalam perkhidmatan yang berkenaan.
  3. Rawatan pesakit Luar
  • Memberi rawatan pergigian, rawatan pencegahan, rawatan susulan dan pendidikan kesihatan mulut untuk pesakit yang dirujuk sehingga mereka mampu mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.
  • Perkhidmatan pembedahan elektif, pembedahan day care, pembedahan kecemasan di bawah bius am.
  • Menjalankan rawatan di bawah sedasi – ubat dan penyedutan ‘inhalation sedation’.
  • Rawatan restorasi advanced, rawatan kanal akar, interseptif orthodontik, prostesis maksilo-fasial dan lain-lain rawatan restoratif.
  • Rawatan pergigian pencegahan – aplikasi fluoride.
  • Menjalankan pembedahan minor bawah bius setempat dan sedasi bagi kes lesi mulut dan patologi mulut – specimen dihantar untuk ‘Histo-pathological examination’ dan menentukan diagnose tetap.
  • Membuat lawatan bulanan dan perundingan di Kluster Hospital Batu Gajah pada hari Rabu sesi pagi minggu pertama setiap bulan.
  • Menganjurkan Combine Clinic di daerah Kinta untuk perundingan kes multi-discipline yang rumit dengan bidang kepakaran pergigian lain dari kepakaran pembedahan mulut, perubatan mulut dan patologi mulut, ortodontik, restoratif dan periodontik pada hari Khamis sesi petang minggu kedua setiap bulan.
  • Menganjurkan Cleft Support Clinic di klinik untuk sesi ceramah dan Pendidikan bagi ibu bapa pesakit ‘Cleft lip and palate’ pada Jumaat sesi pagi minggu ke-empat setiap bulan.
  1. Rawatan Pesakit Dalaman
  • Menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
  • Memeriksa dan merawat pesakit yang dirujuk dari wad
  • Melakukan pemeriksaan pesakit ward ‘ward round’ – setiap pagi
  • Setiap kes baharu yang dirujuk dari wad diberi perundingan bersama Pakar Pegigian Pediatrik.
  • Memberi Pendidikan penjagaan mulut sebelum dan selepas pembedahan
  • Memeriksa pesakit selepas pembedahan di wad

 WAKTU OPERASI JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK HRPB

HARI / MASA
8.00AM - 1.00PM
2.00PM - 5.00PM
ISNIN
Kes pembedahan bius am elektif ACC Daycare
(8.00am - 3.00pm)
Kes rawatan susulan
Kes rawatan susulan
Kes rawatan AGP
Kes rawatan AGP
SELASA
Minggu pertama dan kedua kes pembedahan bius am elektif di KWKK OT
(8.00am - 3.00pm)
Kes rawatan susulan
Kes rawatan susulan
Kes rawatan AGP
Kes rawatan AGP
Kes post op review
RABU
Kes perundingan kes baru
Kes rawatan susulan
Kes post op review
Kes rawatan AGP
Kes rawatan susulan
Kes rawatan restoratif kompleks AGP
Minggu pertama- Cluster Hospital Batu Gajah
KHAMIS
Kes rawatan susulan
Kes perundingan kes baru
Kes rawatan restoratif kompleks AGP
Kes rawatan susulan
Kes cabutan sedasi 
Kes rawatan AGP
Minggu kedua – Combine Clinic
JUMAAT
Minggu kedua dan keempat kes pembedahan bius am elektif ACC Daycare
(8.00am - 3.00pm)
CDE/Journal Club/ Mesyuarat Jabatan
(2.45pm - 5.00pm)
Kes pembedahan mulut minor dibawah bius setempat
Kes rawatan susulan
Minggu keempat - Cleft Support Clinic

LOKASI JABATAN

Jabatan Pergigian Pediatrik berlokasi di Tingkat 1, Kompleks Klinik Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Perak. Jabatan ini beroperasi bersama-sama Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, dan Jabatan Pathologi Mulut dan Perubatan Mulut, bertempat di hadapan Klinik Pakar Pembedahan dan Klinik Pakar Perubatan. Pesakit Pergigian Pediatrik akan dimasukkan di Wad Pembedahan Pediatrik KWKK, Wad Pediatrik KWKK, Wad Remaja KWKK, Wad 1A atau Wad 2B mengikut keperluan.

Jabatan ini diketuai oleh Dr Sumathy Perumal, Pakar Pergigian Pediatrik dan mempunyai 18 orang kakitangan, yang terdiri daripada 2 Pakar Pergigian Pediatrik, 5 Pegawai Pegigian, 1 Juruterapi Pergigian Kanan, 1 Juruterapi Pergigian, 7 Penolong Pembedahan Pergigian dan 2 Pembantu Perawatan Kesihatan. Jabatan Pergigian Pediatrik secara amnya menyediakan perkhidmatan kepakaran pergigian secara komprehensif kepada pesakit dalam lingkungan umur 0 hingga 16 tahun termasuk golongan berkeperluan khas pada masa rujukan. Ia juga menyediakan tempat untuk pelatih termasuk Pegawai Pergigian Tahun Pertama, Pegawai Pergigian yang berminat untuk melanjutkan pengajian lepasan ijazah dan Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian.

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670441
Today: 572
Total: 670,441

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video