TEL : 05-2085000 samb : 5383
PENGENALAN
Unit Fisioterapi adalah satu perkhidmatan sokongan yang terdapat di Hospital ini. Perkhidmatan di berikan kepada Pesakit Luar dan Pesakit Dalam yang merangkumi perkhidmatan Intensive Care dan Palliative Care di wad. Perkhidmatan ini juga sebagai pelengkap kepada Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi di mana semua anggota bekerja secara berpasukan dengan semua disiplin yang ada.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Menyediakan perkhidmatan fisioterapi bermutu tinggi bertepatan dengan keperluan pesakit selaras dengan dasar KKM mengenai penjagaan kesihatan rakyat.
Objektif Khusus
- Mengenalpasti masalah pesakit melalui kaedah penilaian berkemahiran tinggi.
- Merancang program rawatan fisioterapi yang paling sesuai dengan kondisi pesakit.
- Melaksanakan rawatan melalui penggunaan berbagai kaedah rawatan yang mana faktor keberkesanan dan keselamatan diutamakan.
- Mengujudkan satu sistem dokumentasi yang komprehensif dan simpanan maklumat teratur yang mana boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan.
- Membantu pesakit memelihara keupayaan dari segi kefungsian diri.
- Melaksanakan program pendidikan pesakit dalam usaha melibatkan pesakit serta keluarga dalam program pemulihan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan dan kecergasan diri ke arah membantu mencapai hidup yang lebih berkualiti.
- Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Jurupulih Perubatan (Anggota) melalui Continouos Profesional Development (CPD) yang berterusan bagi memastikan mutu kerja dan perkhidmatan yang efektif dan efisyen.
VISI
Profesyen Fisioterapi komited dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat. Perkhidmatan tersebut akan berteraskan; kemajuan ilmu pegetahuan, kemahiran dan penggunaan kaedah rawatan berteknologi tinggi, yang menepati keperluan pesakit dan dapat menyumbang ke arah penigkatan kualiti.
MISI
- Menyediakan satu sistem perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif, penyayang dan professional.
- Mengukuhkan amalan ‘evidence based’ serta menerapkan budaya penjagaan diri kearah mencapai kualiti hayat.
- Menggalakkan penglibatan masyarakat didalam penjagaan kesihatan individu dan komuniti.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Fisioterapi diberi kepada pesakit luar dan pesakit di wad. Perkhidmatan atau rawatan yang disediakan adalah:
Elektroterapi
| Shortwave Diathermy | Ultra Sound | Interferential Therapy | Direct & Interrupted Direct Current |
| Faradic Current | Didynamic Current | TENS | Infrared |
| Hot Packs | Wax Bath | Shock wave therapy | Cryotherapy |
| Cold Packs | Phototherapy | Rawatan Ultra Violet Light bagi kes kes Dermatology | Traction |
| Intermittent Cervical Traction | Intermittent Lumbar Traction | Rehabilitative Exercise Therapy and Techniques | Active & assisted Exercises |
| Ressisted Exercises | Suspension Therapy | Mckenzie Back Exercise | Pelvic Floor Exercise |
| Vestibular Rehabilitation | Fitness Exercise | Proprioceptive Neuromuscular Fasilitation Exercise | Motor Relearning Technique |
| Bobath Rehabilitation | Voluntary Muscle Test | Crutch Walking | Ambulation and Gait Training |
| Wheelchair Training | Prescription of walking aids | Strapping and Tapping | NDT Approach for Cerebral Palsy Children |
| CDT for Lymphoedema | Manual Therapy | Myofascial Release | Joint Mobilisation/Manipulation |
| Soft tissue Manipulation | Hydrotherapy | Rawatan di laksanakan di Hydrotherapy Pool | Chest Physiotherapy |
Kelas Pendidikan Pesakit
| Paediatric Obesity Programme | Kecergasan | Cardiac Rehabilitation | Back Education Class |
| Stroke Class | Shoulder Class | Knee Class | Antenatal dan Post Natal Class |
Penyertaan Klinik Khas
| Klinik Pediatrik | Klinik Plastik | Klinik ‘Pain’ | Klinik Haemophilia |
WAKTU OPERASI
| HARI | MASA |
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang |
| Sabtu / Ahad / Cuti Umum | TUTUP |


