my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Kualiti

TEL : 05-2085000 samb : 5129

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Unit Kualiti, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mula diwujudkan secara rasminya pada 01 Mei 2002. Ini adalah berikutan dengan saranan Bahagian Perke mbangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pekeliing Bil. (35) dlm KKM bertarikh 30 Januari 2022 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti. Ia bertujuan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Aktiviti Peningkatan Kualiti dilaksanakan sepenuhnya di hospital ini dan dijalankan oleh Penyelaras atau Koordinator program Kualiti oleh Pengarah Hospital.

OBJEKTIF

Objektif Umum

  • Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna.

 Objektif Khusus

  • Menyelaras sistem dokumentasi bagi semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti.
  • Menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti mengikut standard yang ditetapkan.
  • Menjadi sumber rujukan dan simpanan maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital.

VISI

Unit Kualiti akan menjadi pusat kecemerlangan yang menyediakan sumber dalam peningkatan Aktiviti Kualiti Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh.

MISI

Komited untuk memberi perkhidmatan melalui pemantauan berterusan, cadangan penambahbaikan dan membuat tindakan susulan, demi meningkatkan keberkesanan pengurusan kualti Hospital.

SKOP PERKHIDMATAN

Semua aktiviti yang berkaitan dengan Program Kualiti Kementerian Kesihatan yang dijalankan atau diimplementasikan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Di antaranya ialah:

  1. Menyelia Incident Reporting 2.0
  2. Menyelia pencapaian dan melaksanakan audit HPIA dan KPI Klinikal.
  3. Menganalisis permohonan dan mengendalikan mesyuarat C& P.
  4. Mengumpul data POMR.
  5. Merancang dan melaksanakan pensijilan MS ISO/Akreditasi.
  6. Menganalisa data MPSG dan hantar ke JKN.
  7. Menyelia pengumpulan data bagi perkhidmatan klinikal Hospital Kluster Ipoh.
  8. Menyelia pelaksanaan Lean Healthcare di hospital.
  9. Mengumpul dan menganalisis data audit klinikal.
  10. Mengurus mesyuarat Mortaliti peringkat Hospital.
  11. Menyelia program QA, KIK dan Inovasi.
  12. Memantau pelaksanaan Latihan CPG di Hospital.
  13. Merancang dan melaksanakan pensijilan Hospital Bebas Kesakitan.

WAKTU OPERASI

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

 

LOKASI

Unit Kualiti hospital terletak di Aras 4, Kompleks Rawatan Harian, bersebelahan dengan Unit Kewangan.

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670441
Today: 572
Total: 670,441

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video