my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Perhubungan Awam

TEL : 05 208 5000 EXT 5104 / 5127

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Unit Perhubungan Awam ditubuhkan pada tahun 2007 dan dikoordinasi bawah Direktorat Perkhidmatan Pengurusan hospital yang diurus tadbir oleh Timbalan Pengarah Pengurusan. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Penerangan dan dibantu oleh tiga orang Penolong Pegawai Penerangan. Unit Perhubungan Awam bertanggungjawab mengurus maklum balas awam daripada para pelanggan hospital yang diterima daripada pelbagai sumber di samping berperanan mengurus hal ehwal media.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan perhubungan awam yang berkualiti menerusi pengurusan maklum balas awam yang efektif dan efisien.

VISI

Perkhidmatan perhubungan awam yang berkualiti.

MISI

Memastikan pengurusan maklum balas awam yang efektif dan efisien.

PIAGAM PELANGGAN

  • Mengurus selia maklum balas awam mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mengurus selia sumber-sumber maklum balas awam.
  • Mengurus selia permohonan media.

 SKOP PERKHIDMATAN

Unit Perhubungan Awam bertanggungjawab mengurus maklum balas awam yang meliputi aduan, penghargaan, pertanyaan, permohonan dan cadangan daripada para pelanggan hospital yang diterima daripada pelbagai sumber seperti peti maklum balas, e-mel, surat, akhbar, media, telefon, laman sesawang, Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA), pusat panggilan kerajaan, Biro Pengaduan Awam (BPA) mahupun melalui hadir sendiri. Unit Perhubungan Awam juga berperanan menguruskan hal ehwal media.

WAKTU OPERASI:

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

LOKASI

Unit Perhubungan Awam
Pejabat Pentadbiran,

Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian,
Hospital Raja Permaisuri Bainun,
Jalan Raja Ashman Shah,
30450 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

 

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670442
Today: 573
Total: 670,442

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video