my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Dermatologi

TEL : 05-2085000 samb : 7493

CARTA ORGANISASI

 PENGENALAN

Jabatan Dermatologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dibahagikan kepada 2 unit iaitu Klinik Dermatologi dan Wad Dermatologi (23). Klinik Dermatologi terletak di tingkat 1 Kompleks Pakar, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh sementara Wad Dermatologi (Wad 23) pula terletak berhampiran Klinik Dada, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.  Diketuai oleh seorang Pakar Dermatologi,  Jabatan Dermatologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh terus memperlengkapkan lagi sistem peralatan dan rawatan terkini dengan anggota yang terlatih bagi memberikan perawatan yang terbaik dan setanding dengan perkhidmatan perubatan yang lain di Malaysia.  Jabatan ini terus memberikan perkhidmatan yang optima kepada para pesakit dengan jumlah anggota yang terhad.  Jumlah kes juga semakin bertambah dari tahun ke tahun.

OBJEKTIF 

Menambahkan mutu perkhidmatan dari segi sumber tenaga dan kemudahan peralatan adalah menjadi objektif utama bagi setiap unit / jabatan. Oleh yang demikian, Jabatan Dermatologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mempunyai satu wawasan iaitu menjadi “SEBUAH PUSAT YANG TERUNGGUL (CENTRE OF EXCELLENCE)", yang menyediakan perkhidmatan perubatan bidang dermatologi yang berkualiti di samping menjadi pusat rujukan penyakit kulit, Hansen (kusta) dan penyakit kelamin (STD) untuk negeri Perak Darul Ridzuan disamping menjadi pusat perkhidmatan penyakit  “immunobullous” bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.

Objektif Khusus :

  • Memberikan perawatan kepakaran dan menjadi pusat rujukan untuk negeri Perak Darul Ridzuan
  • bagi kes penyakit kulit yang dirujuk / susulan sebagai pesakit luar termasuk penyakit kulit umum, penyakit Hansen dan penyakit kelamin.
  • Memberikan perawatan dan perkhidmatan prosedur yang spesifik terhadap penyakit kulit, seperti ‘skin biopsy’, ‘patch test’, IPL Laser, ‘CO2 laser dermato-surgery’, NdYag laser, ‘chemical peel’ dan perawatan UVA / UVB, penyakit Hansen seperti smear hirisan kulit (SSS) serta beberapa prosedur spesifik yang lain.
  • Memberikan perawatan klinik khas iaitu Klinik Psoriasis dan Klinik Imunodermatologi kepada para pesakit yang berkenaan.
  • Menjadi pusat perkhidmatan penyakit “immunobullous” dan menjalankan ujian makmal yang spesifik iaitu ujian “indirect immunofluorescent” kepada seluruh Jabatan Dermatologi bagi negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia.
  • Memberikan perkhidmatan latihan dan bimbingan kepada pelajar-pelajar sarjana perubatan keluarga, “sub-speciality”, pelajar perubatan, anggota sains bersekutu pelatih paramedik.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kajian, kerja penyelidikan dan laporan.
  • Memberikan khidmat kaunseling dan bimbingan kepada pesakit dan keluarga pesakit berkaitan penyakit kulit, Hansen dan penyakit kelamin yang pesakit alami.

VISI 

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta kepakaran yang berkesan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan

MISI 

Pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Jabatan Dermatologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh akan diberi layanan dan rawatan yang berkesan bagi memenuhi saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan berkualiti.

JADUAL KLINIK DERMATOLOGI

HARI
8.00 PG – 01.00 TGH
2.00 PTG – 5.00 PTG
ISNIN Klinik Pesakit Luar untuk penyakit kulit – kes baru dan kes ulangan dengan temujanji Klinik Pesakit Luar untuk penyakit kulit – kes baru dan kes ulangan dengan temujanji
Rawatan Fototerapi / Ionthoporesis / Patch Test Rawatan Fototerapi / Ionthoporesis / Patch Test
Klinik MTAC
SELASA Klinik Pesakit Luar untuk penyakit kulit – kes baru dan kes ulangan dengan temujanji Slide Show / Journal Club
RABU Klinik Psoriasis  – kes baru dan kes ulangan dengan Temujanji / Klinik Penyakit Hansen Klinik Psoriasis  – kes baru dan kes ulangan dengan Temujanji / Klinik Penyakit Hansen
Rawatan Fototerapi / Ionthoporesis Rawatan Fototerapi / Ionthoporesis
Klinik MTAC
KHAMIS Pembedahan Kecil / Rawatan khas Penyakit Genito-urinari (PGU) - kes baru dan kes ulangan dengan temujanji
Klinik Penyakit Hansen
Rawatan pembedahan laser
JUMAAT Pendidikan kesihatan / perubatan berterusan (CME) Book Club
Klinik Immunodermatologi – kes baru dan kes ulangan dengan temujanji Rawatan Fototerapi / Ionthoporesis
(2.45 ptg –4.30 ptg.)
Rawatan Fototerapi / Ionthoporesis
(8.00 pg.-12.15 tgh)

Perhatian:

  1. Semua Pegawai Perubatan akan membuat rawatan pesakit di wad-wad dari 8.00 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari.
  2. Semua kes-kes Penyakit Kulit akan dirawat pada hari klinik iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat. Semua kes-kes hendaklah dirujuk oleh Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta dengan membawa surat rujukan.

TEMUJANJI HENDAKLAH DIBUAT TERLEBIH DAHULU melalui panggilan telefon di talian 05-2087494  atau datang sendiri ke Klinik Dermatologi untuk mendapatkan tarikh temujanji

  • Kes Kecemasan akan dirawat pada bila-bila masa hari klinik.
  • Waktu pejabat dengan membawa surat rujukan.
  • Luar waktu pejabat
  • Jabatan Kecemasan akan memanggil pegawai perubatan  atas panggilan untuk merujuk kes.
  • Kes yang berkenaan.

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670440
Today: 571
Total: 670,440

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video