my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Hasil

TEL : 05-2085000

CARTA ORGANISASI 

PENGENALAN

Unit Hasil merupakan satu unit yang memberikan perkhidmatan utamanya iaitu mendaftarkan pesakit dalam dan luar, melaksanakan kutipan bayaran bil yang berkaitan caj rawatan pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun(HRPB) Ipoh. .Bagi tujuan kemudahan kepada pelanggan HRPB ini terutamanya pesakit, Pentadbiran Unit Hasil telah dibahagikan kepada Kaunter Pendaftaran, Kaunter Bayaran, Kaunter Tuntutan , Pentadbiran dan Akaun serta Susulan.

Bagi meningkatkan kecekapan di dalam pengurusan hasil di hospital , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan satu sistem yang bersepadu iaitu “HIS @ KKM_clinical design’’

Jentera pentadbiran Unit Hasil diketuai oleh seorang Akauntan Gred WA41 dan dibantu oleh Pembantu Tadbir Tinggi Gred N26, serta dengan kekuatannya anggotan seramai 28 orang yang terdiri jawatan Penolong Akauntan Gred W29, Ketua Pembantu Tadbir , Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi gred N11 / N14.

OBJEKTIF

Memastikan caj rawatan adalah mengikut Akta Fee1951, Perintah FI (Perubatan) 1982[P.U.(A) 359/82), Perintah FI (Perubatan) Pindaan (No.2) 1994 [P.U.(A) 468/94], Perintah FI (Perubatan) (Pindaan) 2003 [P.U.(A) 6/2003], Perintah FI(Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014, Perintah FI (Perubatan (Pindaan) 2017 dan berpandukan kepada prosedur-prosedur kewangan yang telah ditetapkan.

FUNGSI

  1. Pendaftaran pesakit dalam dan luar serta menerima deposit hospital
  2. Mengeluarkan bil hospital untuk bayaran caj siasatan dan rawatan pesakit
  3. Memproses permohonan pengecualian bayaran bil hospital
  4. Memungut pelbagai bayaran selain daripada bil hospital 

AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI

  1. Pelaksanaan sepenuhnya “Hospital Information System” (HIS) khususnya proses pendaftaran pesakit, pengebilan bil hospital dan rekod kewangan dikemaskinikan secara bersistematik;
  2. Pelaksanaan pembayaran bil hospital tanpa tunai “ Cash Less” melalui medium kad kredit / kad debit;
  3. Menjalankan aktiviti susulan ke wad dalam menguruskan tunggakan kutipan hasil (bil hospital);

WAKTU OPERASI

HARI MASA
KAUNTER PENDAFTARAN BANGUNAN UTAMA 24 JAM
KAUNTER PENDAFTARAN BANGUNAN KWKK 8.30 PAGI - 9.00 MALAM (SETIAP HARI)
PEJABAT 8.00 - 5.00 PETANG (ISNIN - JUMAAT)
(KECUALI SABTU / AHAD DAN KELEPASAN AM)

LOKASI

Unit Hasil terletak di aras satu bangunan utama Hospital Raja Permaisuri Bainun

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670440
Today: 571
Total: 670,440

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video