my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Otorhinolaringologi (ENT)

TEL : 05-2087402

CARTA ORGANISASI (Sedang Dikemaskini)

PENGENALAN

Jabatan Otorhinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, adalah jabatan yang memberikan perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah telinga, hidung dan tekak bagi kawasan Ipoh. Jabatan ini juga menerima rujukan pesakit-pesakit daripada seluruh negeri Perak, hospital-hospital dan  klinik-klinik kesihatan kerajaan dan hospital-hospital dan klinik-klinik swasta.

Jabatan ini diketuai oleh Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan JUSA ‘B’ (M), Dato’ Dr. Gurdeep Singh Mann. Beliau dibantu oleh 6 orang Pakar, 6 orang Pegawai Perubatan, 3 orang Pegawai Pemulihan (Pendengaran), 3 orang Pegawai Pemulihan (Pertuturan) dan 20 orang kakitangan kumpulan sokongan.

Jabatan ini telah berpindah ke klinik baru, iaitu bersebelahan dengan Unit Komunikasi (bilik operator talipon) pada 5 April 2010. Jabatan ini sekarang mempunyai 9 buah bilik pemeriksaan pesakit, 1 bilik rawatan,13 buah bilik untuk kegunaan Unit Terapi Pendengaran dan Terapi Pertuturan, 1 bilik konferens dan 1 bilik makan / rehat.

OBJEKTIF

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan yang bermutu kepada pesakit-pesakit teling, hidung dan tekak serta penyakit-penyakit yang berkaitan, bagi meningkatkan kualiti kesihatan mereka.

VISI

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti serta kepakaran yang berkesan kepada pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan.

MISI

Pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Jabatan Otorinolaringologi Hospita Ipoh akan diberi layanan dan rawatan yang berkesan bagi memenuhi saranan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat dan berkualiti.

Jabatan Otorhinolaringologi terdiri daripada :

  • Klinik Otorhinolaringologi
  • Wad-wad Otorhinolaringologi
  • Unit Terapi Pertuturan
  • Unit Audiologi
  • Dewan Bedah Am
  • Dewan Bedah Kecil
  • Dewan Bedah ACC
  • Cochlear implants

Perkhidmatan-perkhidmatan yang dberikan oleh jabatan ini adalah :

  • Rawatan pesakit luar Otorhinolaringologi
  • Rawatan pesakit dalam
  • Pembedahan Otorhinolaringologi
  • Terapi pertuturan dan bahasa
  • Audiologi
  • Lembaga PERKESO

Klinik Otorhinolaringologi

Klinik Otorhinolaringologi memberikan perkhidmatan rawatan kepada pesakit baru, rawatan susulan, pembedahan, terapi pertuturan dan audiologi dan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti laporan perubatan dan jemaah PERKESO.

WAKTU OPERASI (KLINIK OTORHINOLARINGOLOGI / ENT CLINIC)

HARI / MASA
8.00 pg - 1.00 tgh
Rehat
2.00 ptg - 5.00 ptg
ISNIN Kes-kes kecemasan / MOT / Terapi pertuturan / Audiologi
1.00 tgh- 2.00 ptg
- sama -
SELASA Klinik Pesakit luar / Terapi pertuturan / Audiologi
1.00 tgh- 2.00 ptg
- sama -
RABU Kes kecemasan / GOT / ACC OT / Terapi pertuturan / Audiologi
1.00 tgh- 2.00 ptg
- sama -
KHAMIS Klinik Pesakit luar / Terapi pertuturan / Audiologi
1.00 tgh- 2.00 ptg
- sama -
JUMAAT Kes kecemasan / GOT / ACC OT / Terapi pertuturan / Audiologi
12.15 tgh-2.45ptg
- sama -

DEWAN BEDAH OTORINOLARINGOLOGI

Kes-kes elektif, kecederaan dan kecemasan jabatan ini dikendalikan di Dewan Bedah Am yang terletak di tingkat 3 bangunan utama Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Kes-kes untuk pembedahan kecil pula dikendalikan di Dewan Bedah Kecil yang terletak di dalam jabatan ini dan Dewan Bedah ACC yang terletak di bangunan Rawatan Harian.

Jumlah pesakit untuk kes-kes pembedahan pilihan (elective surgery) juga telah menurun pada keseluruhannya pada tahun 2010. Ini selari dengan pengurangan jumlah pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Pesakit Luar.

JADUAL PEMBEDAHAN

Hari pembedahan Jabatan Otorinolaringologi adalah seperti berikut:

HARI AKTIVITI MASA
ISNIN Pembedahan kecil (8.00 pg - 5.00 ptg)
RABU Pembedahan am (8.00 pg - 8.00 mlm)
JUMAAT Pembedahan am (9.00 pg - 3.00 ptg)
Pembedahan di ACC (9.00 pg - 3.00 ptg)

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670441
Today: 572
Total: 670,441

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video