my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Perubatan Rehabilitasi

TEL : 05-2085000 samb : 5366

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Rehabilitasi di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh terdiri daripada gabungan Unit Perubatan Rehabilitasi (Klinikal), Unit Fisioterapi dan Unit Pemulihan Cara Kerja. Pemilihan nama jabatan adalah berdasarkan persetujuan Mesyuarat Khas KPK 4/2007 dan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) 1/2008. Penyatuan unit dibawah satu jabatan iaitu Jabatan Perubatan Rehabilitasi adalah untuk memperkukuhkan perkhidmatan rehabilitasi selaras dengan prinsip RMK-9.dan perkhidmatan perubatan rehabilitasi tahap 4 yand diketuai oleh Pakar Perubatan Rehabilitasi.

OBJEKTIF

Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi kepada pesakit yang mempunyai masalah perubatan dan ketidakupayaan melalui perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam untuk membantu pesakit mencapai tahap fungsi dan kualiti kehidupan yang baik dan optima.

VISI

Meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan kekurangan fizikal dengan servis yang efisien, berpatutan and mengutamakan pesakit.

MISI

Merancang Perkhidmatan Rehabilitasi yang muitidisiplin, komprehensif dan dinamik supaya pesakit dapat mencapai tahap fungsi yang optima.

PIAGAM PELANGGAN

  • Kami bertekad untuk memberikan perkhidmatan yang tepat, sempurna dan kearah mencapai tahap tugas yang optima agar mengurangkan komplikasi dan kemudaratan kepada semua pelanggan
  • Setiap pelanggan diberi perkhidmatan secara professional
  • Setiap pelanggan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

SKOP PERKHIDMATAN

Perubatan Rehabilitasi

  1. Rehabilitasi Kecederaan Saraf Tunjang
  2. Rehabilitasi Neurologikal (Stroke)
  3. Rehabilitasi Kecederaan Trauma Otak
  4. Rehabilitasi Kanak-Kanak
  5. Rehabilitasi Amputasi
  6. Rehabilitasi Kardiopulmonari
  7. Klinik “Return To Work”
  8. Klinik Penilaian Kerusi Roda dan System Duduk
  9. Penilaian Memandu
  10. Klinik Kombinasi Orthopedik
  11. Preskripsi Peralatan Perubatan

Servis fisioterapi tambahan:

  • Perawatan Kesakitan(pain management)
  • Pemulihan musculoskeletal dan pemulihan sukan
  • Pemulihan vestibul
  • Terapi hidro
  • Pemulihan jantung
  • Hemofilia & Talasemia Support
  • Kesihatan Wanita
  • Perawatan sistem limfa
  • Terapi perkembangan neuro(neurodevelopment)
  • Servis untuk semua pesakit dalam

Servis terapi cara kerja tambahan:

  • Terapi Cara kerja untuk pesakit psikiatrik termasuk pemulihan dalam komuniti(kesihatan mental dan kanak kanak dengan kelumpuh
  • Pemulihan kes kebakaran.
  • Program kembali bekerja
  • Penilaian dan pemulihan memandu
  • Pengurusan kesakitan kronik(chronic pain)
  • Pemulihan visual

Pemulihan vestibul

WAKTU OPERASI KLINIK

HARI
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
PAGI Klinik Pemulihan Kardio (Jantung) Klinik pemulihan kecederaan saraf tunjang, Kecederaan otak dan lain lain Klinik StrokPemulihan neuroPemulihan kanak kanak * Amputasi/ Prosthetic and Orthotic Klinik # 'Urodynamics Study'
** Klinik Program kembali bekerja # Klinik 'Paediatric Combined' dan kes kes baru ^ Program 'Stroke Step Down Program'
PETANG ^ 'Stress Test' untuk pesakit kardio Klinik Kerusi Roda Klinik kes baru Klinik kes baru ^ Klinik pemulihan kardio bagi kes baru
## 'Intrathecal Baclofen Klinik'

# Sebulan sekali ^setiap 2 minggu sekali
* 3 kali sebulan ##Selang minggu
** 2 bulan sekali

Servis pesakit luar Unit Fisioterapi dan Terapi Cara Kerja adalah seperti berikut:

  • Isnin hingga Khamis : 8.00 am to1.00 pm and 2.00 pm to 5.00 pm
  • Jumaat :  8.00 am to 12.15 pm and 2.45 pm 5.00pm

LOKASI

Unit Perubatan Rehabilitasi, unit Terapi Cara Kerja dan sebahagian Unit Fisioterapi (neurologi, kanak kanak dan kesihatan wanita) terletak di tingkat bawah Kompleks Rawatan Harian hospital, manakala sebahagian unit Fisioterapi terletak di bangunan utama hospital.

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670442
Today: 573
Total: 670,442

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video