my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Dietetik & Sajian

TEL : 05-2085000 samb : 5358

FAKS : 05-2531541

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Jabatan Dietetik & Sajian (JDS) di Hospital Raja Permaisuri Bainun merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang terdiri daripada 2 bahagian iaitu, perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian. Fungsi utama perkhidmatan dietetik adalah memberi perkhidmatan dietetik klinikal dan terlibat dalam promosi kesihatan manakala fungsi utama perkhidmatan sajian adalah membekalkan makanan kepada pesakit dan anggota yang berkelayakan.

VISI

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

MISI

Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk:

  • Perkhidmatan Sajian: Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrient, tatacara proses catering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti. Melaksanakan system pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
  • Perkhidmatan Dietetik: Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetic klinikal dan promosi kesihatn berdasarkan amalan ‘evidence-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan. Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

OBJEKTIF

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara professional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN

Memberi perkhidmatan secara professional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

  1. Perkhidmatan Dietetik: > 85% pesakit dalam mendapat perkhidmatan dietetik dalam tempoh 24 jam waktu bekerja.
  2. Perkhidmatan Sajian: > 85% pesakit yang tinggal di wad berpuashati dengan perkhidmatan makanan di hospital.

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Dietetik

  • Pesakit yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ‘medical nutrition therapy’
  • Perkhidmatan memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
  • Latihan ‘internship’ dietetik akan diberi kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pengajian Tinggi mengikut keperluan.
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

Perkhidmatan Sajian

  • Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak.
  • Ibu menemani anak di Wad Kanak-Kanak, iaitu MAC (mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga.
  • Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu HIV positif akan dibekalkan susu formula bayi bagi tempoh dari lahir hingga umur 2 tahun untuk mereka yang berkelayakan.
  • Doktor bertugas atas panggilan di hospital, doktor dan paramedik yang bertugas di Dewan Bedah yang layak akan dibekalkan diet kelas satu.
  • Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.

WAKTU OPERASI KLINIK

Konsultasi Diet Individu (Selain daripada kes GDM)

Waktu Isnin - Khamis (jam 8.30 pagi – 12.30 tengahari)
Lokasi Klinik Diet, Aras 1, Kompleks Rawatan Harian, HRPB
Temujanji
  • Perlu dapatkan temujanji sebelum hadir ke klinik.
  • Telefon 05-2085358 pada waktu klinik
  • Atau hadir pada waktu klinik untuk dapatkan tarikh temujanji

Pendidikan Berkumpulan (untuk kes GDM sahaja)

Waktu Jumaat (jam 9.00 pagi)
Lokasi Klinik Diet, Aras 1, Kompleks Rawatan Harian, HRPB
Temujanji Temujanji tidak diperlukan, walk-in sahaja pada hari Jumaat jam 9.00 pagi (Hari Bekerja)

KURSUS-KURSUS YANG DIJALANKAN

BIL. AKTIVITI TARIKH

 

1. Kursus HACCP Awareness Peringkat Negeri Perak 2019 12 April 2019
2. Kursus Keselamatan Makanan Peringkat JDS Bil 1/2019 22 April 2019
3. Kursus Keselamatan Makanan Peringkat JDS Bil 2/2019 23 April 2019
4. Kursus Peningkatan Kemahiran Penyediaan Makanan Peringkat JDS Bil 1/2019 29 April 2019
5. Kursus Peningkatan Kemahiran Penyediaan Makanan Peringkat JDS Bil 2/2019 30 April 2019
6. Kursus Updates In Clinical Dietetics (Nephrology) Peringkat Negeri Perak 2019 19 Jun 2019
7. Continuous Dietetic Education Peringkat Negeri Perak 2019 11 Julai 2019
8. Kursus Diet Kompetensi Teraputik Peringkat Negeri Perak Bil1/2019 7 - 8 Ogos 2019
9. Kursus Updates In Clinical Dietetics (Nephrology) Peringkat Negeri Perak Bil 2/2019 28 Ogos 2019
10. Continuous Dietetic Education Peringkat Negeri Perak Bil 2/2019 14 Oktober 2019

LOKASI

Secara fizikalnya, Jabatan Dietetik dan Sajian terletak di blok E bangunan utama dan Klinik Diet terletak di Aras1, Kompleks Rawatan Harian.

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670442
Today: 573
Total: 670,442

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video