TEL : 05-2085000 samb : 7071,7072,7073, 7074, 7075, 7076
PENGENALAN
Jabatan Respiratori di ketuai oleh seorang Ketua Jabatan Respiratori dan dibantu seorang 1 Pakar Respiratori dan 3 orang Pegawai Perubatan serta paramedik bagi rawatan penyakit-penyakit Respiratori. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan diagnostik dan perawatan/pengurusan klinik. Perkhidmatan diberikan bukan saja meliputi Hospital Raja Permaisuri Bainun malahan merangkumi Perak selatan dan Hospital Daerah, Klinik serta pihak swasta. Perkhidmatan diagnostik juga ditawarkan pada negeri Pulau Pinang.
OBJEKTIF
- Mengurangkan masalah penyakit tuberculosis (TB).
- Merawat penyakit-penyakit berkaitan respiratori merangkumi rawatan diagnostic yang lebih ekfisen ,tepat dan menyeluruh.
- Memastikan staff dan perkhidmatan yang diberikan mengikut SOP (Standard Operation Prosedure) yang ditetapkan.
- Memastikan perkhidmatan berkualiti dapat diberikan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif.
- Merawat dan memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit-pesakit dan masyarakat.
VISI
Membawa Jabatan kearah Perkhidmatan berorientasikan Profesionalisma,Kualiti,cepat dan cekap serta menjadi menjadi pusat rujukan Pulmonologi yang terunggul.
MISI
Mewujudkan masyarakat yang bermaklumat serta komitmen terhadap kesihatan diri untuk meningkatkan kualiti hayat ke tahap optima serta mengurangkan mobiditi dan Mortaliti dalam penyakit-penyakit respiratori.
SKOP PERKHIDMATAN
Jabatan Respiratori amat mengutamakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi agar keperluan dan kepuasan pelanggan tercapai. Ini dipastikan melalui semangat kerja berpasukan, berprofessionalisme, prihatin dan inovasi yang diamalkan oleh kakitangan di jabatan ini. Antara perkhidmatan respiratori yang ditawarkan:
- Program perawatan Klinik (Perawatan untuk penyakit respiratori seperti tuberculosis(TB), COPD, Kanser Paru-Paru, Bronchiol Asthma, Pneumonia, COPD, Obstructuc Sleep Apnea(OSA) dan terkini Post Covid-19)
- Program Tuberkulosis (Perawatan/pengurusan pesakit tuberculosis termasuk DOTS)
- Program Diagnostik seperti Spirometry, Lung Function Test(LFT) General Respiratory Function Test,Cardiopulmonary Exercise Test (CPET) dan Impulse Oscillometry (IOS).
- Prosedur Bronchoscopy dan pleuroscopy
- Pendidikan Kesihatan dan Kaunseling
|
HARI
|
MASA
|
AKTIVITI
|
MASA
|
AKTIVITI
|
| ISNIN |
8AM - 1PM
|
KLINIK TB/OSA |
2PM - 5PM
|
KLINIK POST COVID- 19 / DIAGNOSTIK KAUNSELING |
| SELASA | KLINIK ASTHMA,COPD, LUNGS CANCER | KLINIK ASTHMA/ DIAGNOSTIK KAUNSELING |
||
| RABU | BRONCHOSCOPY / PLEUROSCOPY KLINIK/DIAGNOSTIK |
DIAGNOSTIK KAUNSELING |
||
| KHAMIS | KLINIK TB/OSA/ | KLINIK POST COVID-19/ DIAGNOSTIK KAUNSELING |
||
| JUMAAT | BRONCHOSCOPY / PLEUROSCOPY DIAGNOSTIK |
DIAGNOSTIK KAUNSELING |


