CSSU (Unit Perkhidmatan Alat Steril)
Tel : 05-2085000 Samb : 7335,7334,7332,6403
PENGENALAN
Unit Bekalan Bahan Steril(CSSU) Hospital Raja Permaisuri Bainun mula beroperasi pada tahun 1989. Unit ini memberi perkhidmatan bekalan alat-alat steril kepada semua wad-wad, klinik-klinik, dewan bedah, klinik kesihatan berhampiran dan hospital-hospital daerah (mengikut keperluan). Skop perkhidmatan merangkumi pengutipan peralatan terpakai dari unit pengguna, penyucian, pembungkusan dan pembekalan peralatan steril kepada unit pengguna. Kekuatan anggota terdiri dari 2 oarng Ketua Jururawat, 29 orang Jururawat, 2 orang Jururawat Masyarakat, PPK 23 orang, 4 orang Pekerja Awam Khas (Otokleb) dan 4 orang Pembantu Awam.
Objektif
Untuk menyediakan perkhidmatan bekalan dan pensterilan peralatan perubatan dengan tujuan mencegah dan mengawal infeksi dengan:-
- Memastikan peralatan kotor yang dijumpai kurang daripada 0.02% selepas melalui proses pencucian.
- Memastikan jumlah set yang diproses lengkap melebihi 99.5% daripada kadar jumlah sey yang diterima di CSSU
VISI
Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU), Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh menjadi pusat kecemerlangan dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti dan terkini.
MISI
Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU), Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh dengan sedaya upaya akan memastikan setiap pelanggan yang berurusan dengan kami akan memperolehi :
- Peralatan yang steril
- Perkhidmatan yang terkini
- Perkhidmatan yang efisyen
- Menepati masa berurusan
PIAGAM PELANGGAN
- Memastikan bekalan bahan steril yang dibekalkan telah melalui proses pensterilan sepenuhnya.
- Memastikan peralatan dan set-set yang dibekalkan adalah lengkap.
- Sentiasa memastikan bekalan bahan steril mencukupi untuk kegunaan pengguna.
SKOP PERKHIDMATAN
- Menerima, mengasing, mencuci, mongering, memeriksa, membungkus, mensterilkan, menyimpan dan membekalkan semua peralatan, linen dan bahan-bahan soft dressing untuk kegunaan merawat pesakit.
- Menyediakan dan membuat bahan-bahan steril untuk kegunaan hospital.
- Menyimpan produk steril selepas proses pensterilan, sebelum pembekalan.
- Membekal produk steril untuk kegunaan Jabatan/Unit/Wad/Klinik.
- Menerima, mensterilkan dan membekal semula produk yang siap dibungkus dari Dewan Bedah dan Klinik lain.
- Mensterilkan peralatan dan bahan-bahan soft dressing yang siap dibungkus dari pusat Kesihatan dan Hospital lain.
WAKTU OPERASI
Masa operasi CSSU adalah setiap hari iaitu Isnin hingga Jumaat (waktu pejabat) manakala hari sabtu/ ahad/ hari kelepasan am, anggota CSSU akan membuat tugasan atas panggilan (8.00 pagi - 12.00 tengahari). Jadual adalah seperti berikut:
| HARI | MASA PENGUTIPAN SET-SET KOTOR DI UNIT PENGGUNA (SISTEM PORTER) | MASA PENGHANTARAN SET KOTOR DARI UNIT PENGGUNA (SISTEM KAUNTER) | MASA PENGAGIHAN PERALATAN STERIL |
| ISNIN - JUMAAT | 8.00 pagi – 9.30 pagi | 8.00 pagi – 1.00 petang | 10.30 pagi – 11.30 pagi (sistem porter) Ambil serta merta selepas set kotor di hantar (sistem kaunter) |
| 2.00 petang – 4.30 petang | Ambil serta merta selepas set kotor di hantar (sistem kaunter) | ||
| SABTU, AHAD DAN HARI KELEPASAN AM | 8.00 pagi – 9.30 pagi | 8.00 pagi – 12.00 tengahari | 10.30 pagi – 11.30 pagi (sistem porter) Ambil serta merta selepas set kotor di hantar (sistem kaunter) |
Lokasi
Terletak di 3 lokasi yang berlainan:
- Tingkat 2, Bangunan Utama Hospital (block C)
- Tingkat 3, Kompleks Rawatan Harian ACC
- Tingkat 5, KWKK


