my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Jabatan Bedah Mulut

TEL : 05-2087471

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial (OMFS) menyediakan perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan yang menyeluruh dan komprehensif kepada pesakit yang berumur 16 tahun dan ke atas. Merupakan pusat rujukan dari seluruh negeri Perak meliputi kes-kes rawatan untuk bedah mulut dan maksilofasial (OMFS) dan kes-kes kecemasan dari Jabatan kecemasan. Di bawah jabatan ini terdapat juga Unit Patologi Mulut dan Perubatan Mulut.

OBJEKTIF

Objektif Am

  1. Menyediakan perkhidmatan kepakaran OMFS terhadap pesakit dengan menitik beratkan aspek-aspek promotive, preventif, kuratif dan rehabilitatif.
  2. Memberikan perkhidmatan kepakaran OMFS yang sesuai, berkualiti, berkesan, konsisten dan menyeluruh kepada pesakit luar dan dalaman yang dirujuk.
  3. iii.Memastikan semua anggota diberi latihan dan pendedahan dalam perkembangan pengetahuan yang baru dan bersesuaian supaya dapat menjalankan tugasan dengan lebih efisien dan berkeyakinan.

Objektif Khusus

  1. Memberikan konsultasi dan pengurusan pesakit yang dirujuk dengan masalah berkaitan surgical dan patologi mulut dan maksilofasial.
  2. Menyediakan perkhidmatan pengimejan pergigian.
  3. iii.Menyediakan perkhidmatan kepakaran OMFS dan pergigian kepada kumpulan khas contohnya pesakit dengan masalah perubatan.
  4. Semasa memberikan perkhidmatan kepada pesakit, kawalan jangkitan silang sentiasa diamalkan bagi memastikan keselamatan pesakit dan petugas kesihatan.
  5. Memberikan latihan yang berterusan dalam bidang khusus kepada anggota jabatan.

VISI

Menjadikan Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial sebagai pusat perkhidmatan rawatan kepakaran yang cemerlang, cekap dan mesra pelanggan, ke arah kesihatan mulut yang lebih baik.

MISI

Penyampaikan perkhidmatan rawatan dan rehabilitasi kepakaran bedah mulut dan maksilofasial yang mengutamakan pelanggan (patient centered care) melalui:

  1. Sistem pengurusan pesakit yang teratur.
  2. Rawatan yang komprehensif, berkesan dan berkualiti.
  3. c)Budaya kerja yang menekankan sifat penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisme.
  4. Juga memberi kesedaran tahap kesihatan mulut yang optimum melalui program promosi dan pencegahan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Setiap pesakit akan dilayan dengan mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas
  2. Setiap pesakit akan didaftarkan dalam tempoh masa 10 minit
  3. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan
  4. Setiap pesakit akan diberi maklumat mengenai aspek-aspek penting rawatan dan pencegahan penyakit pergigian
  5. Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan pergigian dan bedah mulut yang sewajarnya, secara cekap dan profesional
  6. Rawatan akan dimulakan dalam tempoh 75 minit selepas pandaftaran kecuali dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan
  7. Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam surgeri rawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman
  8. Setiap pesakit akan diberi penjelasan mengenai rawatan yang dijalankan
  9. Segala maklumat mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan, tertakluk kepada undang-undang.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Berfungsi sebagai pusat rawatan utama negeri Perak untuk kes-kes pembedahan mulut dan maksilofasial termasuk kes-kes kecemasan bahagian muka (maxillofacial trauma), ketumbuhan mulut, pesakit medically compromised dan kes-kes rujukan dari disiplin dan klinik periferi yang lain.
  • Perkhidmatan pesakit luar.
  • Perkhidmatan rawatan temujanji.
  • Perkhidmatan pembedahan elektif.
  • Perkhidmatan pembedahan day care.
  • Perkhidmatan pembedahan kecemasan.
  • Joint clinic/ combine clinic.
  • Berfungsi sebagai komponen dan kerjasama dengan unit lain di hospital untuk memberi rawatan tertiary kepada pesakit selaras dengan objektif Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
  • Bertindak sebagai pusat latihan amali dan memberi kursus kepada personel pergigian dalam latihan.
  • Berfungsi sebagai pusat kajian dan sumber teknikal di negeri Perak.
  • Menyediakan perkhidmatan bagi kes-kes rujukan Perubatan Mulut dari semua klinik pergigian dan hospital di negeri Perak.
  • Menyediakan dan memberikan perkhidmatan diagnostik patologi mulut kepada semua pelanggan dengan cekap, tepat dan berkesan.

WAKTU OPERASI

HARI / MASA
8.00 PG - 1.00 PTG
1.00 PTG - 2.00 PTG
2.00 PTG - 5.00 PTG

ISNIN

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
REHAT
Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan

SELASA

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
(Minggu Keempat)

Hari Pembedahan & Kes Kecemasan
(Minggu Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima)

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
(Minggu Keempat)

Hari Pembedahan & Kes Kecemasan
(Minggu Pertama, Kedua, Ketiga dan Kelima)

RABU

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
Minggu Kedua dan Keempat

Kluster Hospital Batu Gajah
(Minggu Ketiga)

Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan

Combine Clinic
(Minggu Kedua)

KHAMIS

Hari Pembedahan & Kes Kecemasan Hari Pembedahan & Kes Kecemasan

JUMAAT

8.00 PG - 12.15 PTG
12.15 PTG - 2.45 PTG
2.45 PTG - 5.00 PTG
Kes Rujukan, Temujanji & Kes Kecemasan
REHAT
Kes Kecemasan / CDE

LOKASI

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial terletak di lokasi bangunan kompleks pakar di perkarangan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Wad OMFS ditempatkan bersama dengan disiplin pembedahan lain di tingkat 1 (Wad 1A), tingkat 2 (Wad 2B, 2C), tingkat 4 (Wad 4B) dan tingkat 5 (Wad 5A, Wad 5C).

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670440
Today: 571
Total: 670,440

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video