Tel : 05-2085142 (Unit Kesihatan Awam)
Tel: 05-2085098 (Ketua Unit)
Pengenalan
Unit Kesihatan Awam (UKA) di Hospital Raja Permaisuri Bainun diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam UD56, dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Persekitaran (PPKP) Kanan Gred U32, tiga orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 dan seorang Pembantu Kesihatan Awam U24 (KUP). Unit ini merupakan unit sokongan klinikal diletakkan di bawah Timbalan Pengarah Perubatan III.
Perkhidmatan yang disediakan adalah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, kesihatan persekitaran, kebersihan premis makanan, audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan kesihatan awam seperti Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Makanan 1983 dan Peraturan - Peraturan Makanan 1985 (Pindaan Hingga April, 2004).
Objektif Umum
Memastikan staff dan orang awam yang berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun sentiasa berada di persekitaran yang selesa, sihat dan selamat.
Carta Fungsi
- Memastikan semua dasar, polisi, strategi dan aktiviti Program Kesihatan Awam dilaksanakan dengan komprehensif dan berkualiti di peringkat HRPB
- Merancang dan memantau aktiviti survelan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan terhadap wabak dan bencana di peringkat hospital.
- Merancang latihan dan pembangunan Program Kesihatan Awam di hospital.
- Melakukan pemantauan dan penyeliaan aktiviti-aktiviti kesihatan awam di Jabatan/ Unit/ Wad.
- Memberi khidmat teknikal dan menjadi pakar rujuk dalam Program Kesihatan Awam di hospital.
- Merancang dan menjalankan kajian untuk tujuan peningkatan kualiti dalam bidang Kesihatan Awam di hospital.
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri, badan-badan kerajaan, bukan kerajaan dan masyarakat setempat dalam meningkatkan kawalan dan mutu perkhidmatan kesihatan awam di hospital.
- Merancang dan melaksanakan audit keselamatan dan kesihatan pekerja di Jabatan/ Unit/ Wad di HRPB.
Visi
Unit Kesihatan Awam, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh sebagai Unit Sokongan Klinikal yang berupaya memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, penguatkuasaan perundangan, kebersihan premis makanan dan keselamatan kesihatan pekerjaan.
Misi
Menyediakan perkhidmatan kesihatan awam yang cekap, mesra dan berkualiti menerusi budaya kerja berpasukan, professional dan penyayang serta menggunakan teknologi yang terkini untuk warga kerja dan pesakit.
Piagam Pelanggan
Kami adalah komited memberikan perkhidmatan secara professional dan sentiasa pada tahap cemerlang untuk membantu setiap anggota kerja dan orang yang berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun berada di persekitaran kerja yang selamat, selesa dan sihat.
| Bil | Aktiviti | Sasaran |
| 1 | Pemeriksaan Kantin dan premis makanan (Akta Makanan 1983). | 1 Kali Sebulan |
| 2 | Pemeriksaan Tempat Pembiakkan bagi Program Bebas Denggi Hospital. | Tiada Tempat Pembiakan dalam Kawasan Hospital |
| 3 | Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT 2004). | 1 Kali Sebulan |
| 4 | Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. | 9 Jabatan Setahun |
| 5 | Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. | 4 Kali Setahun |
| 6 | Pengaktifan bilik gerakan bagi wabak penyakit berjangkit. | Terlibat secara langsung |
Perkhidmatan Yang Disediakan
- Memastikan semua kawasan hospital bebas dari transmisi demam denggi dan pembiakan aedes.
- Memastikan kawalan lipas, lalat dan tikus (LILATI) dijalankan di dalam fasiliti hospital.
- Memastikan persekitaran hospital bebas asap rokok.
- Memastikan pengurusan sampah di persekitaran hospital teratur.
- Memastikan premis makanan di dalam kawasan hospital sentiasa bersih mengikut tahap kebersihan yang telah ditetapkan.
- Melaksanakan Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengikut Jabatan yang telah ditetapkan.
- Memantapkan pengurusan Bilik Gerakan semasa pandemik (COVID-19).
Waktu Operasi
| HARI | MASA |
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang |
Lokasi
Ketua Unit
Unit Kesihatan Awam
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
31450 Ipoh, Perak
Kakitangan
Unit Kesihatan Awam
Tingkat 3, Bangunan Nefrologi,
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
31450 Ipoh, Perak


