TEL : 05-2087383
PENGENALAN
Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Raja Permaisuri Bainun menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi secara sekunder dan tertiari. Perkhidmatan yang diberikan bukan hanya kepada penduduk lembah kinta secara khususnya tetapi juga kepada penduduk di Negeri Perak dan negeri – negeri sekelilingnya secara amnya
Selain memberikan rawatan kepakaran dalam rawatan Obstetrik & Ginekologi, jabatan ini juga memberikan rawatan subkepakaran dalam bidang Perubatan Maternal Fetal, Uro-Gineklogi, Perubatan Reproduktif dan Gine-Onkologi.
OBJEKTIF AM JABATAN
Menyediakan perkhidmatan rawatan Obstetrik dan Ginekologi termasuk subkepakaran bagi memastikan kejayaan kelahiran bayi dan keselamatan ibu – ibu bersalin, khususnya kes –kes obstetrik yang berisiko tinggi dan memulihkan pesakit – pesakit yang mengalami masalah sakit puan (ginekologi) bagi mencapai tahap kesihatan selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan dengan mengambilkira keperluan gender.


