TEL : 05-2087436
PENGENALAN
Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental dimulakan pada tahun 1992 dengan seorang pakar sahaja tanpa wad khusus untuk psikiatri. Kini, jabatan telah berkembang sehingga adanya wad yang mempunyai 15 buah katil di Wad Lelaki dan 15 buah di Wad Perempuan. Khidmat yang diberikan pada umumnya adalah untuk kes-kes akut dari daerah Kinta, kes-kes yang dirujuk dari jabatan lain di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan hospital-hospital lain termasuk hospital yang dilawat oleh pakar-pakar psikiatri HRPB, iaitu Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highlands dan Hospital Gerik.
VISI
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental akan menjadi sebuah pusat rawatan psikiatri yang memberi perkhidmatan yang berkualiti, mesra, berhemah dan penyayang dikendalikan oleh anggota professional dan berkemahiran dalam menwujudkan sebuah masyarakat yang produktif dan mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi.
MISI
Memberi perkhidmatan psikiatri dan psikososial rehabilitasi yang holistik kepada pelanggan yang mengalami masalah kesihatan mental agar dapat mengintegrasikan mereka ke pangkuan masyarakat dan dapat menikmati kehidupan yang berkualiti.
OBJEKTIF
Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Raja Permaisuri Bainun akan:
- Memberi perkhidmatan kesihatan mental yang komprehensif, efektif dan efisient yang merangkumi pesakit luar, pesakit dalam, rawatan psikiatri dalam komuniti, perkhidmatan kanak-kanak dan remaja, psikogeriatrik, therapi gantian metadon, liaison psikiatri dan perkhidmatan psikososial rehabilitasi.
- Menyediakan perkhidmatan kesihatan mental berasaskan standard yang diterima pakai untuk kepuasan pelanggan dan bagi keperluan pihak akreditasi dan pihak berkuasa.
- Mengintegrasi perkhidmatan psikiatri di hospital tanpa pakar.
- Memberi promosi perkhidmatan kesihatan mental untuk pesakit umum dan kumpulan sasaran tertentu.
- Memberi latihan untuk kakitangan jabatan.
- Menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk pesakit dan kakitangan.
- Menjalankan penyelidikan yang berorientasikan perkhidmatan dan menyediakan bukti untuk amalan klinikal.
- Memberi perkhidmatan yang mematuhi Akta Kesihatan Mental 2001.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
POLISI
- Memberi perkhidmatan kecemasan setiap masa kepada pesakit yang tenat dan kritikal.
- Memberi perkhidmatan komprehensif yang meliputi ‘Pre-Hospital Resuscitation, Stabilization dan Definitive Care”.
- Menyediakan perkhidmatan ‘Pengurusan Bencana’, Perubatan Kecemasan dan Trauma, Penderaan dan Keganasan Rumah Tangga.
- Menyediakan kemudahan perkhidmatan yang berasaskan perikemanusiaan dan pritin kepada ekonomi dan budaya pesakit.
- Mengamalkan perkhidmatan mesra yang segera dan efektif.
ANGGOTA DI JABATAN
| Pakar Perunding Psikiatri | 2 |
| Pakar Psikiatri | 3 |
| Pegawai Perubatan | 14 |
| Penyelia Penolong Pegawai Perubatan (U32) | 1 |
| Ketua Jururawat (U32) | 1 |
| Penolong Pegawai Perubatan (U29) | 6 |
| Jururawat Terlatih (29) | 21 |
| Jururawat Masyarakat | 1 |
| Pembantu Perawatan Kesihatan | 17 |
SKOP PERKHIDMATAN
- Rawatan Pesakit Luar Klinik Pakar
- Rawatan Pesakit Dalam
- Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
- Perkhidmatan Komuniti Mental Masyarakat
- Pengesanan dan Pengesahan Penagihan dadah
- Detoksifikasi dan Pemulihan Penagihan dadah
- Rawatan Pemulihan Carakerja
- Perkhidmatan latihan, kursus dan latihan dalam perkhidmatan
- Perkhidmatan-perkhidmatan subkepakaran- Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Liaison Psikiatri dan Pskiatri Warga Tua
WAKTU OPERASI
1. KLINIK PESAKIT LUAR
|
HARI/MASA
|
PAGI
(Isnin - Khamis: 8.00pg - 1.00ptg) (Jumaat: 8.00pg - 12.15tgh) |
PETANG
(Isnin - Khamis: 2.00ptg - 5.00ptg) (Jumaat: 2.45ptg - 5.00ptg) |
| ISNIN | PSIKIATRI WARGA TUA (setiap minggu) PSIKIATRI KANAK-KANAK & REMAJA (ISNIN PERTAMA DAN KE-3) WALK IN |
KES BARU PSIKIATRI KANAK-KANAK & REMAJA WALK IN |
| SELASA | KES ULANGAN WALK IN |
KES BARU WALK IN |
| RABU | KES ULANGAN WALK IN |
KES BARU WALK IN |
| KHAMIS | KES ULAGAN WALK IN |
KES BARU WALK IN |
| JUMAAT | WALK IN SUNTIKAN |
WALK IN |
2. PERKHIDMATAN KOMUNITI MENTAL MASYARAKAT (MENTARI SIMEE)
|
HARI/MASA
|
PAGI
(Isnin - Khamis: 8.00pg - 1.00ptg) (Jumaat: 8.00pg - 12.15tgh) |
PETANG
(Isnin - Khamis: 2.00ptg - 5.00ptg) (Jumaat: 2.45ptg - 5.00ptg) |
| ISNIN (PAKAR MELAWAT: ISNIN PERTAMA DAN KE-3) |
Lawatan rumah | Kes Baru dan Kes Ulangan |
| SELASA | - Kes Baru dan Kes Ulangan - Rawatan Psikososial Rehabilitasi |
- Kes Baru dan Kes Ulangan - Rawatan Psikososial Rehabilitasi |
| RABU | - Kes Baru dan Kes Ulangan - Rawatan Psikososial Rehabilitasi |
- Kes Baru dan Kes Ulangan - Rawatan Psikososial Rehabilitasi |
| KHAMIS | - Kes Baru dan Kes Ulangan - Rawatan Psikososial Rehabilitasi |
- Kes Baru dan Kes Ulangan - Rawatan Psikososial Rehabilitasi |
| JUMAAT | Hospital CME, Liaison dan Grand ward round | Mesyuarat Jabatan/Jabatan CME |
3. KLINIK METADON
|
HARI/MASA
|
WAKTU)
|
AKTIVITI
|
| ISNIN | 7.00 pagi - 2.45 petang | Kes Baru/Kes Ulangan/Rawatan DOT |
| SELASA | 7.00 pagi - 2.45 petang | Kes Baru/Kes Ulangan/Rawatan DOT |
| RABU | 7.00 pagi - 2.45 petang | Kes Baru/Kes Ulangan/Rawatan DOT |
| KHAMIS | 7.00 pagi - 2.45 petang | Kes Baru/Kes Ulangan/Rawatan DOT |
| JUMAAT | 7.00 pagi - 1.15 petang | Rawatan DOT |
| SABTU | 7.00 pagi - 11.00 pagi | Rawatan DOT |
| AHAD | 7.00 pagi - 11.00 pagi | Rawatan DOT |
| CUTI | 7.00 pagi - 11.00 pagi | Rawatan DOT |
4. KLINIK RAWATAN KETAGIHAN DADAH DAN ALKOHOL
|
HARI/MASA
|
WAKTU)
|
AKTIVITI
|
| SELASA | 2.00 petang - 5.00 petang | Kes Baru |
| RABU | 2.00 petang - 5.00 petang | Kes Ulangan |
| KHAMIS | 2.00 petang - 5.00 petang | Kes Baru |
LOKASI
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental terletak di tingkat 1 Kompleks Pakar
KURSUS/KEMPEN/SEMINAR/BULANAN YANG TELAH DIRANCANG SEPANJANG TAHUN (2016)
- Workshop on Clinical Practice Guideline on Management of Bipolar Disorders in Adult
- Workshop on Suicide Risk Management in Hospitals
- 5th Ipoh Mental Health Convention
- World Mental Health Day


