TEL : 05-2085000 samb : 5048
PENGENALAN
Unit Kewangan dan Hasil merupakan salah satu unit dalam Bahagian Pengurusan Hospital Raja Permaisuri Bainun yang dianggotai oleh 52 orang dan diketuai oleh seorang Pegawai Tadbir & Diplomatik M48.
OBJEKTIF
- Memastikan sistem pengurusan kewangan dan akaun berjalan dengan cekap dan berkesan dengan mematuhi segala kehendak Akta, Prosedur serta Pekeliling yang berkuatkuasa serta yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
- Mengawal peruntukan dan perbelanjaan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
- Menentukan jumlah peruntukan dan perbelanjaan dicaj bawah pusat-pusat tanggungjawab dan aktiviti yang betul.
- Menentukan perbelanjaan adalah selaras dengan visi, misi, polisi dan dasar Jabatan dan ianya disokong dengan butir-butir lengkap.
- Menentukan bayaran gaji, elaun-elaun, bekalan dan perkhidmatan dijelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti di dalam Piagam Pelanggan.
- Memastikan rekod-rekod perbelanjaan diselenggara dengan betul dan kemaskini.
- Memastikan bayaran hasil hospital dipungut berpandukan kepada prosedur-prosedur kewangan seperti Akta Fee 1951, Perintah Fee (Perubatan) 1982, Perintah Fee (Perubatan) (Pindaan) (No.2) 1994, Perintah Fee (Perubatan) (Pindaan) 2003, Perintah Am Bab F dan pindaan-pindaan yang dikeluarkan selepas itu serta pekeliling-pekeliling berkaitan.
FUNGSI
- Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Tanggungjawab Jawatankuasa ini adalah untuk membantu Pengarah Hospital memantau, mengawasi, mengesan dan menyelia semua urusan kewangan dan akaun supaya menepati kehendak Akta Prosedur Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling yang berkaitan . Pada tahun 2010 jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 6 kali.
- Menguruskan belanjawan tahunan di mana Batas Perbelanjaan yang diagihkan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun, akan dibelanjakan mengikut program/ aktiviti yang ditetapkan didalam Perjanjian Program dan dikaji semula dalam Pemeriksaan Semula Bajet pada pertengahan tahun.
- Menguruskan segala perbelanjaan Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang terdiri daripada pembayaran emolumen / gaji dan elaun-elaun tetap, Elaun Lebih Masa, Elaun Kerja Luar Waktu Bekerja Biasa (On-Call), Elaun Jahitan, Tuntutan Perjalanan dan Sara Hidup (untuk tugas rasmi dan kursus), Pertukaran, Laporan Perubatan, Saraubat, Bayaran Bil/Invois untuk perkhidmatan atau pembelian yang telah dilakukan.
- Penyelenggaraan buku vot dan penyesuaian buku vot untuk menghasilkan rekod perakaunan yang teratur dan tepat.
- Menjanakan sistem pelaporan bulanan, sukutahunan, tahunan dan berkala serta menjawab pertanyaan audit.
- Memproses permohonan pinjaman kenderaan, perumahan & komputer.
- Pendaftaran masuk pesakit ke wad dan menerima deposit hospital
- Mengeluarkan bil untuk bayaran caj hospital
- Memproses permohonan pengecualian bayaran bil hospital
- Memungut pelbagai bayaran untuk perkhidmatan rawatan di hospital serta penggunaan premis / kawasan hospital
AKTIVITI PENINGKATAN KUALITI
- ANJURAN KURSUS
- Telah menganjurkan Kursus berkaitan Buku Tunai, cara-cara menjalankan Pemeriksaan Mengejut dan caj / rawatan hospital
- PENINGKATAN KUTIPAN HASIL
- Melaksanakan Sistem Pengurusan Pesakit untuk mengesan pesakit semasa pendaftaran pesakit sehingga pesakit didiscaj, termasuk pengeluaran bil, dan perakaunan kutipan ke rekod kewangan.
- Menjalankan aktiviti susulan ke wad dalam mengurangkan tunggakan kutipan hasil
- Menubuhkan Kumpulan Inovasi dan Kreatif dan tajuk yang dipilih adalah "Meningkatkan Peratusan Kutipan Hasil"
WAKTU OPERASI
| HARI | MASA |
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 1.00 petang - 2.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang |
LOKASI
Unit Kewangan
Aras 4, Kompleks Rawatan Harian (ACC)
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak


