my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Unit Perpustakaan

TEL : 05-2085107

CARTA ORGANISASI

PENGENALAN

Perpustakaan Perubatan Hospital Ipoh telah diwujudkan pada tahun 1977 yang bertempat di Bilik Konferen bangunan utama Hospital Ipoh, kemudian telah berpindah ke tingkat 9 pada tahun 1991. Pada tahun 1996 perpustakaan sekali lagi berpindah ke bangunan CME.

Namun begitu pada tahun 2000 pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk menggabungkan Perpustakaan Perubatan Hospital Ipoh dengan Perpustakaan Kolej Perubatan Diraja Perak.  Sehubungan itu semua koleksi Perpustakaan Perubatan Hospital Ipoh telah ditempatkan di Perpustakaan Kolej Perubatan Diraja Perak.

Penempatan terkini Perpustakaan adalah di Tingkat 4 Bangunan ACC, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan diketuai oleh seorang Pustakawan Gred S44 serta seorang Pembantu Perpustakaan Gred S22.

OBJEKTIF

  1. Membangunkan dan mengumpul sumber maklumat Perubatan dan sains kesihatan bersekutu  tanpa mengira format
  2. Mengurus dan mendokumentasi sumber maklumat menggunakan standard sistem antarabangsa
  3. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan ramah pengguna dalam persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.
  4. Menyokong aktiviti penyelidikan dan pembelajaran kakitangan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

VISI

Perpustakaan sebagai sebuah pusat kecemerlangan maklumat dan keilmuan  dalam bidang kesihatan dan perubatan serta berhasrat memenuhi keperluan kakitangan bagi merealisasikan aspirasi KKM.

MISI

Menyokong visi dan matlamat Hospital Raja Permaisuri Bainun melalui penyediaan perkhidmatan sumber maklumat. Komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penyediaan maklumat yang tepat, relevan, menepati masa dan mudah diakses kepada semua anggota Hospital Raja Permaisuri Bainun.

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk pengguna
  • Memproses koleksi baru seberapa segera dan memastikan ianya sedia digunakan, tidak lebih dari 7 hari bekerja selepas diterima
  • Pengguna tidak menunggu lebih dari 10 minit untuk meminjam/memulangkan dan pembaharuan buku
  • Memastikan peluang menggunakan bahan dan perkhidmatan perpustakaan adalah adil.

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan Rujukan /Perujukan
    • Perkhidmatan rujukan/ Perujukan boleh dibuat melalui telefon atau datang sendiri ke perpustakan
  2. Perkhidmatan Sirkulasi (Peminjaman, Pemulangan, Pembaharuan, Tempahan dan Keahlian)
    • Ahli perpustakaan boleh meminjam maksimum sebanyak 2 buah buku dan pembaharuan buku boleh dibuat 2 kali sahaja.
  3. Perkhidmatan Imbasan
    • Pengguna perlu meminta bantuan daripada kakitangan yang bertugas dikaunter untuk melakukan proses imbasan bahan rujukan.
  4. Perkhidmatan Virtual Library Discovery Services (VLDS)
    • Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan kemudahan Virtual Library  Discovery Services (VLDS)yang boleh mengakses data seperti Wiley, Ovid, Medline, Karger, Access medicine, EMBR, Clinicalkeydan sebagainya.
  1. Perkhidmatan Hipermedia
    • Terdapat 5 komputer yang dilengkapi kemudahan. Pendaftaran penggunaan perlu dibuat di kaunter.
  2. Pinjaman Antara Perpustakaan
    • Pengguna boleh memohon artikel yang tidak terdapat dalam koleksi Perpustakaan. Pihak Perpustakaan akan cuba mendapatkan artikel tersebut melalui Rangkaian Perpustakaan lain.
  3. Bilik Perbincangan & Bilik Video
    • Terdapat 3 bilik perbincangan dengan maksimum tempat duduk 10 orang untuk Bilik Perbincangan 1, manakala Bilik Perbincangan 2 & 3 boleh menempatkan 6 orang dan Bilik video, 4 orang sahaja.
  1. Karel
    • Sebanyak 19 buah karel disediakan untuk kemudahan bacaan persendirian.

WAKTU PERKHIDMATAN

HARI MASA
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 4.30 petang

Jumaat 8.00 pagi - 4.30 petang
Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang

Sabtu/Ahad/Hari Kelepasan Am

TUTUP

 

LOKASI

Unit Perpustakaan
Tingkat 4, Kompleks Rawatan Harian,
Hospital Raja Permaisuri Bainun
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh
Perak darul Ridzuan

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670440
Today: 571
Total: 670,440

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video