my  en  |  soalan lazim1  hubungi kami1  aduan sispa1  peta lamanmap1   |  

 preset 1  preset 2  preset 3  preset empat  

Perutusan Pengarah

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.

Saya amat berbesar hati untuk mengalu-alukan anda ke Laman web Rasmi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ini. Laman web ini merupakan salah satu langkah hospital ini dalam meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatannya kepada orang ramai selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu ICT di Malaysia.

 

Menerusi laman web ini, orang ramai berpeluang untuk mengetahui banyak maklumat, informasi dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun. Bertepatan dengan visi hospital iaitu sebagai pusat kecemerlangan perubatan untuk melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap dan mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan.

 

Hospital ini akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. Semoga orang ramai dapat sama-sama mengembeling tenaga dalam usaha untuk merealisasikan visi ini.

Pengarah 1.3

Akhir kata syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha untuk merealisasikan Laman Web Rasmi HRPB ini. Semoga dengan adanya laman web ini,dapat memberi banyak faedah dan manfaat kepada orang ramai.

Selamat melayari laman web Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Sekian. 

Dr Fakhruddin Bin Amran
Pengarah Hospital
Hospital Raja Permaisuri Bainun

 

googlemap1

HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN
Jalan Raja Ashman Shah
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan

  05-2087000
  hrpb_info@moh.gov.my

Paparan Web

Paparan terbaik menggunakan : 

   Google Chrome;
   Microsoft Edge;
  Firefox,
dengan resolusi  1366 x 768

Mobile Web

Image

Jumlah Pelawat

670440
Today: 571
Total: 670,440

Tarikh Kemaskini

  • Tarikh kemaskini: 03 September 2026.

icon fb  icon tiktok  icon pic  icon video