TEL : 05-2085000 samb : 5258/5259
PENGENALAN
Jabatan Radiologi (JR) terletak di tingkat bawah kompleks Bangunan Utama HRPB Ipoh. Terdapat 3 lagi unit yang terletak di Kompleks Klinik Pakar, Kompleks Pusat Rawatan Harian dan Jabatan Kecemasan.
PERANAN DAN FUNGSI
Jabatan ini memberi perkhidmatan sokongan klinikal dalam bidang pengimejan diagnostik kepada semua pelanggan HRPB Ipoh dan persekitaran Daerah Kinta. Selain dari itu, JR HRPB Ipoh juga merupakan pusat rujukan dan konsultasi berkaitan dengan perkhidmatan pengimejan diagnostik untuk seluruh negeri Perak.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
- Radiografi Am & Pemeriksaan Khas
- Fluoroskopi
- Mammografi
- Tomografi Berkomputer (CT scan)
- Cone Beam Computed Tomography (CBCT) & Orthopantomografi (OPG)
- Radiografi wad, forensik dan Dewan Bedah
- Ultrasound
- Magnetic Resonance Imaging (MRI)
- Bone Mineral Desitometry (BMD)
- Interventional Radiology & Ultrasound
- Teleradiologi
- Laporan & Khidmat runding Kepakaran
**Jabatan ini juga memberi kemudahan perkhidmatan di atas kepada hospital-hospital lain di negeri Perak yang tidak mempunyai kemudahan tersebut.
JADUAL PERKHIDMATAN
| HARI | MASA |
| Isnin - Khamis | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 1.00 tengahari - 2.00 petang |
| Jumaat | 8.00 pagi - 5.00 petang Rehat : 12.15 tengahari - 2.45 petang |
| Sabtu & Ahad | Hari Rehat |
| Perkhidmatan 24 jam akan disediakan bagi kes-kes kecemasan sahaja | |
SOALAN LAZIM
| SOALAN | Bagaimanakah saya boleh mendapatkan pemeriksaan x-ray atau pemeriksaan pengimejan? |
| JAWAPAN | Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dan jika perlu doktor akan membuat permohonan untuk pemeriksaan tersebut. |
| SOALAN | Adakah saya dikenakan bayaran untuk pemeriksaan x-ray? |
| JAWAPAN | Tidak, kecuali...
|
| SOALAN | Jika perlu berapakah bayaran yang dikenakan bagi setiap pemeriksaan? |
| JAWAPAN | Bayaran bergantung pada jenis pemeriksaan dan bahagian yang diperiksa mengikut ketetapan dibawah Akta Fi pindaan 2003 |
| SOALAN | Bolehkah saya memiliki filem x-ray tersebut jika dibayar? |
| JAWAPAN | Tidak boleh... Filem x-ray merupakan rekod perubatan dan ia adalah hak milik hospital, kecuali...
|
| SOALAN | Adakah x-ray berbahaya? |
| JAWAPAN | Ya. Penggunaan x-ray tidak harus dipraktikkan kecuali penggunaannya mendatangkan faedah yang ketara. |
| SOALAN | Berapakah dos radiasi yang saya terima bagi setiap pemeriksaan x-ray? |
| JAWAPAN | Bergantung pada jenis pemeriksaan dan faktor dedahannya. Dos pemeriksaan x-ray am (dada atau anggota) adalah kecil berbanding dengan dos pemeriksaan fluoroskopi dan CT scan. |
| SOALAN | Saya baru sahaja menjalani pemeriksaan x-ray. Bolehkah saya di x-ray lagi dan adakah ini akan memudaratkan? |
| JAWAPAN | Tidak memudaratkan jika dos yang diterima tidak melebihi had dos maksima yang dibenarkan. Dos maksima yang disyorkan oleh ICRP (badan pengawal antarabangsa) bagi orang awam ialah 1 mSv / tahun, iaitu bersamaan dengan 50 pemeriksaan x-ray dada. |
| SOALAN | Bolehkah pemeriksaan x-ray dilakukan keatas perempuan yang sedang hamil? |
| JAWAPAN | Tidak digalakkan kecuali tiada pilihan atau pemeriksaan tidak boleh ditangguhkan. Dalam keadaan begini, alat perlindungan pada janin akan diberi jika bahagian yang hendak di x-ray tidak melibatkan bahagian abdomen, pinggul dan tulang belakang. |
| SOALAN | Apakah jenis perkhidmatan pengimejan yang disediakan? |
| JAWAPAN | Semua jenis pemeriksaan yang melibatkan penggunaan x-ray serta modaliti-modaliti tertentu bagi menghasilkan imej dalaman tubuh badan kita seperti :
|
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan x-ray am dan pemeriksaan x-ray khas? |
| JAWAPAN | Pemeriksaan x-ray am adalah pemeriksaan x-ray biasa dan pemeriksaan x-ray khas melibatkan penggunaan media kontras atau modaliti (peralatan) khusus seperti CT Scan dll. |
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan media kontras? |
| JAWAPAN | Cecair atau larutan yang disuntik kedalam tubuh atau melalui salur darah atau dimasukan melalui rongga tubuh bagi menggariskan/ membezakan diantara tisu atau organ semasa pemeriksaan x-ray atau MRI dijalankan. |
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Fluoroskopi? |
| JAWAPAN | Sejenis pemeriksaan x-ray dimana bahagian dalaman tubuh dapat dilihat secara terus dan dinamik. |
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Angiografi? |
| JAWAPAN | Sejenis pemeriksaan fluoroskopi khusus untuk salur darah terutama pada bahagian jantung dan buah pinggang. |
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan Mammografi? |
| JAWAPAN | Mammografi ialah pemeriksaan x-ray payu dara bagi mengesan ketumbuhan atau barah pada peringkat awal. |
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan Computed Tomography (CT Scan)? |
| JAWAPAN | Satu modaliti pengimejan yang menggunakan X-Ray dan sistem komputer untuk menghasilkan imej dalam format digital |
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan Ultrasound? |
| JAWAPAN | Satu modaliti pengimejan yang menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi. |
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan Magnetic Resonance Imaging (MRI)? |
| JAWAPAN | Satu modaliti pengimejan yang menggunakan magnet dan sistem komputer untuk menghasilkan imej dalam format digital |
| SOALAN | Apakah yang dimaksudkan dengan pemeriksaan radionuklid? |
| JAWAPAN | Satu bidang pengimejan dalam perubatan nuklear dimana sedikit bahan radioaktif (isotope) atau radiopharmaceuticals disuntik kedalam tubuh untuk menghasilkan imej bagi tujuan diagnosis. |
| SOALAN | Adakah pemeriksaan Ultrasound atau MRI sama berbahaya seperti pemeriksaan x-ray? |
| JAWAPAN | Tidak. Pemeriksaan Ultrasound atau MRI tidak menggunakan x-ray atau sebarang jenis sinaran mengion. Ia menggunakan gelombang bunyi serta magnet dan sehingga kini tiada bukti ianya berbahaya. |


