TEL : 05-2085000 samb : 5242
Jabatan Perubatan Transfusi telah dibentuk pada 1hb Januari 2014. Jabatan ini mempunyai anggota seramai hampir 75 orang dan diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan seorang Timbalan Ketua Jabatan dan kedua-duanya adalah Pakar Perubatan Transfusi. Jabatan ini mempunyai 7 unit yang terdiri dari Unit Perolehan, Unit Komponen, Unit Inventori, Unit Immunohematologi, Unit Transfusi Klinikal, Unit Mikrobiologi Transfusi dan Unit Kualiti.
Antara fungsi utama jabatan ini adalah untuk:
- Mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang selamat.
- Menyediakan darah, komponen-komponen darah yang selamat, mencukupi dan sesuai melalui amalan prosedur saringan serta penyimpanan inventori darah mengikut piawaian antarabangsa.
- Memastikan penjagaan pesakit yang optima melalui penggunaan darah dan produk darah yang sesuai.
- Mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerjasama melalui latihan, penyelidikan dan pembangunan sejajar dengan keperluan amalan dan teknologi terkini dalam bidang perubatan terkini.
- Memberikan khidmat nasihat dan pusat rujukan untuk seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan.
Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan standard ISO 9001:2015 dan MS ISO 15189:2022. Makmal melakukan aktiviti pengujian menggunakan kaedah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan mengikuti standard yang diterimapakai berdasarkan amalan makmal yang baik bagi semua skop perkhidmatan yang ditawarkan. Adalah menjadi polisi makmal melaporkan keputusan ujian yang tepat dan dikeluarkan mengikut TAT yang ditetapkan kepada pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan terhadap Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan MS ISO 15189:2022 dan menyelenggara kerahsiaan maklumat. Makmal sentiasa mematuhi keperluan MS ISO 15189:2022 dan dokumen yang berkaitan (SC, STR, SP, SAMM requirement). Untuk proses Amalan Pengilangan Baik, dokumen yang digunapakai adalah PIC/S Good Practice Guidelines For Blood Establishments And Hospital Blood Banks (June 2021), Australian Code of Good Manufacturing Practice for human blood and blood components, human tissues and human cellular therapy products (Version 1.0 April 2013) dan WHO guidelines on good manufacturing practices for blood establishments (Annex 4, 2011)
OBJEKTIF
Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Raja Permaisuri Bainun akan:
- Menyedia, melaksana dan menyelenggara Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dan ISO 15189 beserta Amalan Pengilangan Baik untuk mengendali skop perkhidmatan.
- Menyediakan perkhidmatan pengujian makmal perubatan berasaskan standard yang diterima pakai untuk kepuasan pelanggan dan bagi keperluan pihak akreditasi dan pihak berkuasa
- Memastikan semua peralatan aktiviti pengujian diselenggara dengan baik dan dipantau.
- Memastikan semua anggota makmal melazimkan diri dan patuh terhadap sistem kualiti yang didokumen dan cekap dalam melakukan tugas
- Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat
- Menyemai budaya penambahbaikan yang berterusan
OBJEKTIF KUALITI
Peratusan bekalan darah untuk kes segera ≤ 30 minit
VISI
Jabatan Perubatan Transfusi sedia berkhidmat kepada masyarakat, penderma darah serta pesakit dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Perubatan Transfusi di peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan.
MISI
Jabatan Perubatan Transfusi sentiasa berusaha dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti melalui sikap profesionalisma yang tinggi, semangat kerja berpasukan, berhemah, yang didukung dengan sikap menghormati, berilmu pengetahuan terkini, dan inovatif. Sentiasa berusaha untuk menjalinkan Kerjasama di antara lain-lain institusi seluruh Malaysia bagi menjalankan penyelidikan dan perkongsian ilmu pengetahuan untuk kesejahteraan pesakit, penderma darah, individu-individu di dalam penjagaan kesihatan, dan masyarakat amnya.
PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti :
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan sopan, adil dan saksama.
- Sentiasa bersiap siaga dan menepati masa dalam penyediaan perkhidmatan yang berterusan berlandaskan piawaian yang dijanjikan.
- Kejituan proses kerja bagi menjamin keselamatan pelanggan tanpa kompromi.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
SKOP PERKHIDMATAN
Skop pengujian bagi tujuan pengiktirafan ISO 9001:2015, MS ISO 15189:2022 dan GMP untuk Jabatan Perubatan Transfusi terhad kepada perkhidmatan dan ujian berikut:
- Unit Perolehan Darah
Bertindak sebagai pusat kutipan darah yang terbesar di Negeri Perak serta mewujudkan dan mengekalkan sekumpulan penderma darah yang sihat untuk memastikan bekalan darah yang selamat.
- Unit Komponen
Berfungsi sebagai pusat penyediaan darah dan komponen di peringkat Negeri Perak bagi kegunaan semua hospital daerah termasuk hospital swasta di dalam negeri Perak.
Menyediakan darah, komponen-komponen darah yang selamat, mencukupi dan sesuai melalui Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice) serta penstoran mengikut piawaian antarabangsa.
- Unit Inventori
Berfungsi sebagai pusat pembekalan darah dan komponen darah di peringkat Negeri Perak dengan membekalkan darah dan komponen mengikut keperluan kepada semua hospital daerah di negeri Perak termasuk hospital swasta.
Bertanggungjawab untuk menyimpan stok-stok darah serta komponen dengan baik dan memastikan kualitinya terjaga dengan menggunakan peralatan yang berkualiti, selamat dan mengikut piawaian antarabangsa.
- Unit Immunohematologi
Bertindak sebagai pusat rujukan kes Immunohematologi bagi setiap hospital daerah dan swasta di Negeri Perak selain merujuk sampel darah ke Pusat Darah Negara (PDN) untuk ujian-ujian lanjutan khas mengikut kes-kes tertentu.
Ujian yang dijalankan di Unit ini adalah:
- Antibody Identification
- Patient / donor red cell phenotyping
- Isohemagglutinin titre
- Anti-D titre
- Cold Agglutinin test (CAT)
- Unit Transfusi Klinikal
Berfungsi memastikan penjagaan pesakit yang optima melalui penggunaan darah dan komponen darah yang sesuai dan selamat. Ujian-ujian yang dijalankan adalah:
- Grouping & Rhesus
- Antibody Screening
- Crossmatching test
- Coomb’s Test
- Makmal Transfusi Mikrobiologi
Menjalankan ujian saringan penyakit berjangkit bagi setiap penderma darah dari semua pusat kutipan darah di Negeri Perak. Makmal ini merupakan pusat saringan darah dan komponen di peringkat Negeri Perak Ujian-ujian yang terlibat adalah:
- Ujian saringan HIV (HIV Ag-Ab)
- Ujian saringan Hepatitis B (HBs Ag)
- Ujian saringan Hepatitis C (Anti-HCV)
- Ujian Rapid Plasma Reagin (RPR)
- Ujian Particle Agglutination for Anti-HIV ½ Mix
- Ujian Treponema Pallidum Particle Agglutination (TPPA)
Menghantar sampel darah ke Pusat Darah Negara untuk ujian saringan Nucleic Acid Test (NAT) dan pengesahan HIV, HBV, dan HCV.
- Unit Kualiti
Berfungsi memastikan setiap prosedur kerja dilakukan berlandaskan Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice) dan ISO 15189:2022 dengan menguji secara rawak setiap produk yang dihasilkan adalah menepati piawaian yang telah ditetapkan.
WAKTU OPERASI
| UNIT | WAKTU OPERASI |
| Unit Perolehan Darah |
|
| Unit Transfusi Klinikal | 24 jam |
| Unit Immunohematologi | Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang |
| Unit Komponen |
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 10.00 malam Sabtu & Ahad: 12.00 t/hari – 10.00 malam (bergantung kepada jumlah kutipan darah) |
| Unit Inventori | 24 jam |
| Makmal Transusi Mikrobiologi |
Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 7.00 malam Sabtu & Ahad: 12.00 t/hari – 8.00 malam |
| Unit Kualiti | Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 5.00 petang |
*Seorang Pakar Perubatan Transfusi, Pegawai Perubatan dan Pegawai Sains Mikrobiologi bersedia untuk bantuan atau perundingan selepas waktu pejabat.
LOKASI
| Bil | Nama Unit | Lokasi | Perkhidmatan yang disediakan |
| 1. | Unit Perolehan Darah | Aras bawah di Kolej Kejururawatan Lama bertentangan dengan Bangunan Sumber Manusia | Pusat pendermaan Darah yang dilengkapi dengan 7 katil penderma serta 5 mesin aferesis |
| 2. | Unit Makmal Transfusi Klinikal | Aras bawah di Blok D bersebelahan makmal utama Jabatan Patologi | Perkhidmatan pembekalan darah untuk pesakit dalaman dan pesakit dari hospital-hospital daerah |
| 3. | Unit Makmal Immunohematologi | Aras bawah di Blok D di sebelah belakang Makmal Transfusi Klinikal | Perkhidmatan pembekalan darah yang telah dijalankan ujian lanjutan untuk pesakit dalaman dan pesakit dari hospital-hospital daerah |
| 4. | Unit Komponen | Aras bawah di Blok D bersebelahan makmal immunohematologi | Pusat untuk penyediaan komponen untuk kutipan darah seluruh Negeri Perak |
| 5. | Unit Inventori | Aras bawah di Blok D bersebelahan Unit Komponen | Pusat saringan penderma untuk seluruh Negeri Perak |
| 6. | Makmal Transfusi Mikrobiologi | Aras bawah di Blok D bersebelahan Unit Komponen | Pusat saringan penderma untuk seluruh Negeri Perak |
| 7. | Unit Kualiti | Aras bawah di Blok D bersebelahan Unit Inventori | Makmal untuk menjalankan aktiviti kualiti Jabatan serta kualiti produk darah yang dihasilkan |


