Kemudahan shuttle ini disediakan khas untuk keselesaan waris dan pesakit yang berada dalam keadaan stabil. Demi faktor keselamatan, perkhidmatan ini kurang sesuai bagi pesakit yang memerlukan bantuan pergerakan khas atau menggunakan kerusi roda. Sila ambil maklum bahawa penggunaan kemudahan ini adalah di atas tanggungjawab sendiri, dan pihak hospital tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko atau kejadian yang berlaku sepanjang penggunaan perkhidmatan ini.



